Thailand merupakan destinasi paling digemari di Asia, turut tidak terkecuali adalah pelancong dari Malaysia. Pada tahun 2005, ibu negara Thailand, Bangkok pernah mencapai lebih dari 11 juta pelancong. Memang sungguh sawadikap!

Ramai di antara kawan-kawan saya yang pernah travel ke Thailand dan akhirnya jatuh cinta terus dengan negara itu. Kalau anda juga mengalami simptom yang sama, inilah tandanya anda mesti berkunjung lagi ke negara Gajah Putih dan meneroka lebih banyak tempat-tempat baru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh kerana Krabi dan Phuket sudah terlalu mainstream, kami mencadangkan anda mencuba sesuatu yang baru pula. Iaitu berkhemah di puncak bukit di Phu Thap Boek, memang terbaik! Gunung ini juga digelar sebagai ‘lautan kabus’.

Phu Thap Boek, ini terletak di daerah Phetchabun iatu kira-kira 400 kilometer dari Bangkok. Lokasi yang ideal buat para pencinta alam semulajadi, di sini anda dapat menikmati permandang menghijau yang sungguh menyegarkan. Mana tidaknya, Phu Thap Boek bercuaca dingin sepanjang tahun.

Selain daripada dihiasi permandangan yang super memukau, di Phu Thap Boek, Phetchabun juga terdapat ladang kobis yang terbesar di Thailand. Jika anda merancang untuk datang ke sini, anda dinasihati untuk menghubungi pihak pengurusan terlebih dahulu kerana kebiasaannya tempat ini dipenuhi pelancong pada setiap hujung minggu.

Lokasi dan alamat: Mu 14, Wang Ban, Lom Kao, Phetchaboon 67120 Thailand.
No Telefon: +66816800223, +6656709026
Waktu Operasi: 6 pagi hingga 6 petang.

Psst: Pergi secara berjemaah mungkin idea yang sangat baik. Jangan lupa beritahu kawan dan jiran sebelah rumah sekali!

Sumber