Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ada sebahagian syarikat yang memberikan hadiah kepada para pekerjanya sebagai satu tanda penghargaan buat mereka yang sanggup bersama-sama membangunkan dan mempertahankan syarikat.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu perkongsian video TikTok @kedaibaju7, seorang pekerja Indonesia syarikat itu yang dikenali sebagai Cahyo Yan telah diminta datang ke sebuah pusat pameran dan jualan PROTON.

Setibanya di sana, Cahyo terkejut apabila mengetahui pihak majikan menghadiahkannya sebuah kereta Proton Saga yang mempunyai hiasan reben yang ada di situ.

Cahyo dalam keadaan terpinga-pinga terus tunduk menutup mukanya di atas hud kereta kerana berasa sebak tidak menyangka mendapat kejutan hadiah itu.

@kedaibaju7

🚗🚗🎁🎁TAHNIAH di ucapkan kpd STAFF kami Cahyo Yan yang telah lama berkhidmat lebih 10tahun dgn company ini..🎁🎁🚗🚗 Kami Keluarga Besar Millionaire Design Trading Kedai Baju menghargai Jasa2 anda..BERKERJA lah dgn baik Dan tekun…💪💪Menjadi contoh yang terbaik kpd staff2 yang lain.. TERIMA KASIH kpd Boss Dan Madam Tin Tin Jutawan atas PENGHARGAAN ini..🤩🥰

♬ original sound – bellestrelle – bellestrelle

Memetik Waupost, Vivi, seorang jurujual jenama Proton itu memberitahu bahawa ada pelanggan (majikan Cahyo) telah mengenalinya terlebih dahulu di media sosial. Kemudian pelanggannya itu bertanya sama ada terdapat Proton Saga yang masih dalam stok.

Oleh kerana Cahyo bukan warganegara Malaysia, agak sukar baginya untuk memohon pinjaman untuk membeli kereta, jadi majikannya mengambil keputusan membelinya sendiri pada harga sekitar RM40,000.

Tambah Vivi lagi, majikan Cahyo sangat berbangga dengannya kerana telah berkhidmat selama lebih 10 tahun di syarikat pakaian tersebut. Jadi sudah tiba masanya untuk beliau memberikan hadiah kepada Cahyo sebagai tanda penghargaan.

Sumber Gambar: TikTok @kedaibaju7
Sumber Gambar: TikTok @kedaibaju7
Sumber Gambar: TikTok @kedaibaju7

Perkongsian video-video detik menyentuh hati itu meraih pujian daripada netizen. Ramai mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada majikan Cahyo kerana menjadi bos yang baik dan sangat menghargai pekerjanya.

Tambah netizen lagi, majikan seperti ini sepatutnya menjadi contoh baik kepada majikan-majikan yang lain.

Pada masa sama ia dapat tingkatkan motivasi pekerja untuk terus mengekal prestasi kerja yang baik pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.