Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Akhirnya, projek yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn Bhd iaitu Wetland Studios Putrajaya kini dibuka kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi menyajikan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi.

@wetlandstudios.putrajaya

Wetland Studios Putrajaya is now open and ready for you to explore! 🤩 Don’t miss out on the fun – head over to the ticketing counter to secure your tickets today! 🎟️✨ Wetland Studios Putrajaya kini dibuka & sedia untuk diterokai! 🤩 Jangan lepaskan keseronokkan – dapatkan tiket anda di kaunter Wetland Studios Putrajaya hari ini! 🎟️✨ #OpenNow #wetlandstudios #putrajaya #themepark #nature

♬ original sound – Wetland Studios Putrajaya – Wetland Studios Putrajaya

Taman tema berkonsep didik hibur ini akan memupuk kesedaran tentang peranan kepentingan air terhadap ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok dan bunga.

Tarikan di Wetland Studios Putrajaya ini merangkumi aset fizikal seperti replika haiwan animatronik serta hiasan berkonsepkan alam semula jadi. Malah, pengunjung juga dapat menyaksikan karya-karya milik KRU.

Taman tema tertutup berkenaan turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.

@normankru

Wetland Studios Putrajaya dibuka esok dengan harga istimewa untuk 3 bulan pertama. Waktu operasi dari pkl 10 pagi hingga 7 petang. Jumpa di sana ok? Follow kami @Wetland Studios Putrajaya #wetlandstudios #themepark #putrajaya

♬ Theme park style orchestral songs(111649) – STUDIO COM

Untuk pengetahuan anda, Wetland Studios Putrajaya bakal dilancarkan secara rasminya bermula September depan dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.

Sepanjang tempoh prapelancaran ini, Wetland Studios Putrajaya menawarkan harga istimewa kepada pengunjung dengan RM25 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke atas dan warga emas.

Wetland Studios Putrajaya ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 petang, setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.