Restoran pandu lalu A&W Seremban telah dibuka kembali kepada umum selepas ditutup untuk ubahsuai pada Oktober 2021. Cawangan A&W Seremban merupakan lambang ikonik kerana telah menapak sejak tahun 1978 dan menciptakan pelbagai memori kepada penduduk setempat.

Menariknya, cawangan ini diberikan nafas baru dengan rekaan retro bergaya moden yang pastinya akan membuatkan para pengunjungnya seperti masuk ke zaman berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, boleh dikatakan di setiap sudut sangat ‘Insta-worthy’ dimana para kaki foto akan berasa bahagia apabila berkunjung ke cawangan A&W Seremban ini.

Terbaharu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun telah merasmikan pembukaan semula cawangan restoran pandu lalu A&W Seremban.

Menariknya, rangkaian jenama kopi terkenal dunia iaitu Jamaica Blue turut digabungkan di cawangan A&W tersebut sekaligus menjadikan cawangan ini muncul sebagai cawangan pertama yang menggabungkan restoran A&W dan Jamaica Blue.

Untuk pengetahuan anda, pembukaan semula cawangan ini adalah sebahagian daripada perancangan besar oleh jenama tersebut untuk pertumbuhan dan perkembangannya di Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket.

Keadaan Parkir Bawah Ice Rink Di Sunway Pyramid Cetus Kebimbangan Netizen

Pamer Hampir 40,000 Barangan, ‘Muzium’ McDonald’s Di Alor Setar Bikin Netizen Teruja

Mangsa Ini Dedah Modus Operandi ‘Scam’ Kerja Sambilan Selepas Rugi Hampir RM16,000