Selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), rata-rata rakyat Malaysia sudah mula melancong dalam negara. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bercuti berikutan tiada boleh ambil cuti, mungkin anda boleh ‘staycation’ di sekitar Kuala Lumpur.
Sebut sahaja sukan Olimpik, pastinya anda sudah terbayang pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Tahukah anda bahawa terdapat sebuah hotel bertemakan sukan Olimpik di Kuala Lumpur?
Hotel Olympic Malaysia telah disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan baru sahaja dibuka secara rasmi pada awal bulan Ogos. Lokasinya yang dekat dengan pengangkutan awam bakal menjadikan ia destinasi penginapan pilihan ramai.
Rekaan dalaman hotel ini kelihatan moden dan tampil dengan variasi warna seperti logo Olimpik yang akan membuatkan anda rasa kehangatan acara sukan penuh berprestij itu.
Untuk pengetahuan anda, harga penginapan di sini bermula daripada RM110 sahaja dan buat anda yang berminat boleh membuat tempahan di sini. Tunggu apa lagi?
P/s: Sempena dengan pembukaan Hotel Olimpik Malaysia ini pada 1 Ogos 2020, anda boleh nikmati diskaun sebanyak 50% tetapi tawaran adalah terhad.
Sementara itu, kami ingin kongsikan penginapan menarik di Kuala Lumpur untuk ‘staycation’ pada pautan di bawah ini.
5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC
Persis Di Bali, Lihat Keunikan Penginapan ‘Classic Malay House’ Di Kuala Lumpur Ini
Keselesaan Persis Hotel 5 Bintang, CitizenM Hotel Di Kuala Lumpur Ini Buatkan Netizen Teruja