Populariti kumpulan K-Pop, BTS di seluruh dunia tidak dapat disangkal lagi dan mereka mempunyai ramai peminat dari pelbagai lapisan umur. Adakah anda antara peminat BTS?

Jika ya, anda pasti gembira dan teruja dengan berita ini. Terbaharu, McDonald’s telah mengumumkan bahawa akan hadir dengan set menu BTS khas untuk para peminatnya di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, ‘The BTS Meal’ ini akan hadir dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun yang diilhamkan daripada McDonald’s Korea Selatan.

‘The BTS Meal’ ini akan tersedia di Malaysia pada 26 Mei 2021 dan anda boleh dapatkan di restoran terdekat anda ataupun secara pandu lalu dan penghantaran ke rumah. Sama-sama kita nantikan menu yang cukup istimewa ini!

Tahukah anda bahawa salah seorang ahli kumpulan BTS pernah menggayakan baju persis batik sekolah? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Persis Baju Batik Sekolah, Pakaian Taehyung BTS Ini Curi Perhatian Netizen

Gara-Gara BTS, 80 Penumpang Pesawat Pesan Ramen Buat Kru Penerbangan Tidak Menang Tangan