Pada jam 9 pagi tadi, pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Kuala kubu Bharu bagi sebutan kedua bagi kes pertuduhan mencederakan isterinya, Nuru Shuhada.

Menerusi satu video, Hafidz kelihatan tenang apabila dia tiba ke mahkamah dan dia diiringi oleh peguamnya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CtQI9bKvp8S/

Dalam video terbabit, Hafidz sempat memberitahu bahawa dia kini berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen berhubung prosiding hari ini.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memberikan pelbagai respons dimana ada yang berasa hairan melihat keadaan Hafidz seperti blur.

Segelintir netizen juga mengatakan bahawa Hafidz berlakon untuk terlihat ‘sakit’. Sekadar makluman, pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa atas tuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.