Seorang Tai Chi ‘master’ berusia 69 tahun mendapat perhatian netizen di China apabila mencabar petinju UFC untuk berlawan dengannya. Sebelum perlawanan, Ma Baogua berkata seni Tai Chi beliau mampu menewaskan mana-mana lawan di hadapannya.

Dalam klip video yang sedang viral ini, Ma telah mencabar seorang petinju UFC dan sebelum perlawanan bermula, beliau dengan yakin berkata beliau dapat menewaskan lawannya dengan mudah menerusi seni bela diri Tai Chi miliknya.

Namun, sebaliknya yang berlaku. Ketika perlawanan dimulakan, lawannya cuma mengambil masa 30 saat sahaja untuk menumbangkan Ma. Ternyata lawan beliau menjadikan kelajuan tumbukannya sebagai ‘senjata’ dan Ma hanya mampu ‘menadah’ setiap tumbukan tanpa bertahan.

Selepas beliau tewas, netizen di China mula membuat kajian dan mendapati Ma bukanlah master Tai Chi sebenar dan beliau hanyalah self-proclaimed dirinya seorang master dalam seni bela diri tersebut.

Ini bukanlah kali pertama ‘master’ Tai Chi tumpas di tangan petinju yang jauh lebih muda. Sebelum ini, seorang lelaki telah mencabar petinju MMA Zu Xiaodong dan turut tewas mengejut di tangan Zu.

Semoga perlawanan ini menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak memperlekehkan lawan anda. Silap langkah, anda akan terima nasib seperti Ma.

Jangan ‘buat hal’ dengan petinju UFC kerana mereka berlatih setiap hari untuk tumbangkan mana-mana lawan di depan mata mereka. Sebelum ini, seorang wanita dipecat kerana membelasah pencuri dan diambil bekerja oleh pengerusi UFC. Baca lagi pada pautan di bawah.

Wanita Yang Dipecat Kerana Belasah Pencuri Ditawar Kerja Oleh Presiden UFC

Justin Bieber Secara Tiba-Tiba Cabar Tom Cruise Berlawan Di UFC

Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229