Tular satu perkongsian di Twitter malam semalam di mana ada seorang pengguna memuat naik imej planet Zuhal dan Musytari saling dekat-mendekati di langit Melbourne, Australia.

Menurut pemilik akaun @beccidee17 berkata, imej kedua-dua planet diambil oleh Sajal Chakraborty, seorang jurugambar profesional Australia menerusi kamera Canon milik beliau pada Ahad, 20 Disember sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pakar astronomi menerusi laporan ABC News, fenomena lintasan dua planet ini bukanlah sesuatu perkara baru yang berlaku di sistem solar planet. Planet Musytari akan mengelilingi Matahari lalu bertemu dengan jirannya, planet Zuhal. Ia akan berlaku setiap 20 tahun sekali dan kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 2000.

Cuma kali ini, kedua-dua planet ini bertemu dalam keadaan yang ‘rapat’. Berdasarkan laporan ABC News, kali terakhir kedua-dua planet ini bertemu paling rapat dilaporkan berlaku pada Julai 1623. S

Menariknya, ia jelas kelihatan di bumi walaupun jarak sebenar planet Musytari dari bumi adalah sejauh 890 juta kilometer. Manakala jarak antara planet Musytari dan Zuhal pula adalah sejauh 730 juta kilometer.

“Saya teruja menyaksikan fenomena dua planet yang saling dekat-mendekati antara satu sama lain. Tambah teruja, fenomena ini boleh disaksikan melalui jendela di rumah saya dengan hanya menggunakan mata kasar,” ujar Nahum Arav seorang pakar astronomi ketika dihubungi ABC News.

Berikut beberapa tweet daripada netizen yang berseloroh mengenai fenomena yang jarang sekali berlaku di dunia ini.

Umpama ‘romeo dan juliet’ begitulah juga planet Zuhal dan Musytari yang saling melengkapi. Berpuluh tahun terpisah dan tahun ini kedua-dua planet ini bertemu kembali. Untuk mengetahui kawasan mana di Malaysia yang boleh nampak fenomena, anda harus menonton rakaman live Ijtimak Unggul Musytari dan Zuhal di saluran YouTube Plenatarium Negara. Mungkin, ada antara anda terlihat fenomena ini di langit Malaysia?

Berikut beberapa perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini. Klik pautan untuk membacanya.

Nasihat Kewangan Elya Buat Pencarum KWSP Berbelah Bahagi

Sekadar Kutip Dari Tong Sampah, Kotak PS5 Ini Berjaya Dijual Dengan Harga RM91

Pengawalan Ketat SOP Di Anugerah Entertainment SBS Curi Perhatian Penonton

Sumber