Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Terbaharu, cabaran Pepsi ESCAPE telah dilancarkan oleh YB Yeoh Soon Hin, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, dan turut dihadiri Encik Sim Choo Kheng, Pengasas dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, yang memiliki dan mengendalikan taman tema jenama ESCAPE serta Cedric Koh Ei Leon, Naib Presiden Kanan Jualan di Etika Sdn Bhd.

Cabaran Pepsi ESCAPE ini akan dianjurkan di ESCAPE Penang dimana anda perlu menyusuri gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.11 kilometer. The World’s Longest Slide at ESCAPE Penang ini telah menerima pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness pada 2019 untuk gelongsor air tiub terpanjang di dunia.

Menariknya, cabaran Pepsi ESCAPE yang dilancarkan ini akan membolehkan anda berlumba bersaing mengejar masa untuk menjadi yang terpantas menyusuri gelongsor air tiub terpanjang di dunia. Dalam satu kumpulan memerlukan 4 pelumba dan masa menggelongsor akan dipaparkan pada papan masa elektronik yang dipasang berhampiran titik akhir tunggangan.

Difahamkan, cabaran ini hanya berlangsung setengah jam setiap hari iaitu pada jam 5.30 petang hingga 6 petang dan pelumba dengan masa terpantas akan memenangi hadiah iiatu tiket masuk ESCAPE, minuman Pepsi Black serta bergambar di podium yang disediakan.

Untuk pengetahuan anda, Sim Choo Kheng mengasaskan ESCAPE Penang untuk memperkenalkan semula permainan ‘childhood’ zaman dulu-dulu dengan menjadikan ia kini realiti kepada dunia. Menurutnya, gelongsor terpanjang ini dibina untuk memberikan kepuasan kepada pengunjungnya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan taman tema ESCAPE pada pautan di bawah.

ESCAPE Cameron Highlands Bakal Dibuka, Ski Ais Persis Di Eropah Antara Tarikan Utama

Gelongsor Terpanjang Di Dunia Bakal Dibuka Ogos Ini

Kongsi ‘Review’ Menginap Selama 46 Malam Di Hard Rock Hotel, Netizen Tercengang Bila Kira Kos Penginapan

Anda Mungkin Suka