Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa tidak mahu bilik yang cantik, bukan? Ketika ini, ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan mahu sentiasa bermotivasi ketika bekerja.

Maka, apa kata anda makeover bilik anda agar berasa semangat dan selesa? Terbaharu, pengguna Twitter @marsyiii telah berkongsi gambar biliknya yang diubah suai dengan menggunakan barangan di Shopee.

Mesti anda sudah tidak sabar mahu ketahui apakah barangan yang dibeli olehnya, bukan? Jom lihat barangan dibelinya!

1. Vinyl sticker 

Etdfk0PVoAI0bs8

Untuk lantai biliknya, beliau menggunakan vinyl sticker dimana mudah untuk dilekatkan dan juga murah. Warna maple yellow dipilih untuk menaikkan seri bilik tersebut. Anda boleh dapatkan vinyl sticker di sini.

2. Langsir

EtdfpDTVIAUlFuM

Memilih langsir rona putih dan nampak kilauan seperti bintang ketika terkena cahaya matahari seusai untuk anda yang mahukan sedikit kelainan. Anda boleh dapatkan langsir tersebut di sini.

3. Laci

EtdfrV3UcAUzOeO

Laci untuk meletakkan barangan-barangan seperti baju atau tudung ala Ikea ini pula melengkapkan biliknya. Bilik akan nampak lebih cantik dan anda boleh dapatkan di sini.

4. Clothes hanger

Disebabkan terlalu banyak baju, maka clothes hanger ini sesuai untuk diletakkan dalam bilik terutama sekali yang suka gosok baju untuk seminggu ke pejabat. Senang nak ambil baju dan klik sini untuk membelinya.

5. Almari

EtdfuCNVoAA2kDZ

Bilik agak kecil, maka almari 3 pintu dipilih. Walaupun kecil tetapi ruang dalam almari dapat memuatkan pakaian yang banyak dan jika anda mahu dapatkan ia, anda boleh beli di sini.

6. Karpet

EtdfwNlUYAIsyHd

Karpet bulu lembut ini semestinya menjadi pilihan ramai orang. Memang makin cantik bilik jika diletakkan dalam bilik dan anda boleh beli sahaja di sini.

Untuk pengetahuan anda, Marsyiii ketika dihubungi mengatakan jumlah keseluruhan ubah suai biliknya tidak melebihi RM1,000 dan hasilnya tetap cantik. Berkonsepkan moden dan simple, pasti ramai boleh jadikan ubah suai bilik Marsyiii sebagai inspirasi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa dekorasi bilik yang boleh anda jadikan inspirasi pada pautan di bawah ini.

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000

Lelaki Ini Hadiahkan Ubah Suai Rumah Bernilai RM90,000 Sempena Perkahwinan Abang Sendiri

Bekas Pekerja IKEA Ini Kongsikan Rekaan ‘Showroom’, Ini Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Idaman Anda

Anda Mungkin Suka