Setiap orang mempunyai bakat dan kreativiti yang tersendiri. Kadang-kala hasil pembuatan sesuatu barangan itu jauh lebih berfungsi dan memberi manfaat daripada barangan yang sedia ada di pasaran komersial.

Baru-baru ini seorang pemuda yang lebih mesra dikenali sebagai Fii, telah berkongsi satu video di mana bapanya telah mengubah suai Proton Iswara menjadi sebuah trak pikap.

Menurut Fii, timbulnya idea mahu mengubah suai kereta tersebut apabila bapanya mengalami kesukaran untuk membawa alatan pertukangan untuk pergi bertukang.

“Dia tergerak hati untuk ‘modified’ kereta itu sebab susah nak bawa staging untuk menukang. Projek ini bermula pada bulan Disember tahun lalu dan proses pengubahsuaian mengambil masa kira-kira satu bulan.

“Proses R&D hanya rujuk pada YouTube sahaja. Bapa saya memang ada pengalaman dalam mengecat dan baik pulih kenderaan selama 27 tahun sebelum dia berhenti untuk fokus pada kedai makan sarapan dan pertukangan,” terang Fii.

Tambah Fii lagi, kos pengubahsuaian sangat murah sekitar RM2,000 sahaja kerana komponen-komponen yang ada pada kereta itu menggunakan barangan terbuang.

Sumber Gambar: Fii

“Saya dan adik menolong bapa kami dalam menyiapkan projek ‘Iswara Pikap’ ini. Antara proses yang paling sukar bilamana kami mahu buat bahagian bucket, pintu bucket dan tapak lampunya.

“Manakala proses kemasan dan cat ambil masa sekejap sahaja, cuma pada masa itu kami mempunyai tugasan lain ketika itu, jadi kami terpaksa tangguhkan buat sementara waktu,” ujar Fii.

Oleh kerana bapanya berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang pertukangan, Fii memberitahu The Vocket bahawa bapanya pernah membangunkan sebiji jentera yang dikuasakan oleh enjin vespa.

Sebelum mengakhiri perbualan, Fii berharap agar pihak kerajaan membuka mata dan melihat kreativiti anak-anak tempatan yang berbakat dalam bidang modifikasi ini.

“Ramai anak anak malaysia yang kreatif tapi atas kekangan undang-undang, jadi benda tu kita tidak nampak. Tidak kisahlah sama ada untuk tujuan persembahan atau penggunaan komersial seperti yang bapa saya buat,’ ujar Fii.

Jika anda mahu lihat proses pembuatan ‘Proton Iswara Pikap’ ini, bolehlah menontonnya menerusi video yang kami kongsikan di atas atau klik sini untuk tonton di YouTube.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat sekumpulan pemuda membangunkan replika kereta berkuasa tinggi idaman mereka hanya di laman kawasan rumah.

Sekumpulan Pemuda Hasilkan Bugatti Chiron ‘Copy Ori’ Guna Tanah Liat

Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja

Sumber