Setiap orang memiliki perjalanan hidup mereka sendiri dan pastinya kejayaan tidak datang bergolek tanpa berusaha. Pernah atau tidak, anda tahu akan kewujudan minyak wangi jenama SugarBomb?

Untuk pengetahuan anda, SugarBomb merupakan antara jenama minyak wangi tempatan yang berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Bukan sahaja wangi tetapi harganya yang mampu milik membuatkan ia dicari ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahukah anda siapa pengasas SugarBomb? Terbaharu, Azhari Rosli iaitu pengasas SugarBomb telah berkongsi kisahnya membina empayar SugarBomb sehingga sekarang.

Apa yang mengejutkan, Azhari Rosli merupakan seorang graduan luar negara belajar aeronautical engineering. Mesti anda di luar sana tertanya-tanya kenapa beliau lari dari bidang yang diceburinya sebelum ini.

Sebelum ini, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Master di United Kingdom dalam bidang aeronautical engineering selama 5 tahun. Selepas beliau tamat belajar, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

Sekembalinya dari United Kingdom, beliau telah menghantar permohonan kerja ke 50 syarikat tetapi hanya 10 syarikat yang panggilnya hadir ke temuduga. Malangnya, kesemua syarikat tidak menerima beliau untuk bekerja.

Oleh itu, kecewa tidak mendapat pekerjaan, beliau pun cuba pelbagai pekerjaan seperti mengambil upah sebagai pemandu lori dan buat dropship untuk mencari wang. Tidak lama selepas itu, beliau mula menjual minyak wangi dan buka empayar Elliadore.

Menurutnya, Elliadore merupakan minyak wangi pertama yang beliau keluarkan dan selepas 3 tahun, beliau ingin menjual dan hasilkan minyak wangi yang mampu milik.

Pada tahun 2017, beliau mula tampil dengan jenama minyak wangi SugarBomb yang anda mungkin miliki saat ini. Pada awal penghasilan produk jenama SugarBomb ini, beliau hanya buat SugarBomb dari belakang rumahnya sahaja.

Bermula dari 300 botol dan penghasilannya makin meningkat sehingga berjaya membuka kilang SugarBomb sendiri dan mampu menghasilkan lebih 100,000 botol seminggu.

Pada tahun 2019, beliau membuka satu lagi kilang berikutan pertambahan demand pembeli. Pada tahun 2020 pula, SugarBomb berjaya jadi penaja buat pasukan bola sepak Selangor dan membuka satu lagi headquarter SugarBomb serta membeli 2 buah kilang lagi.

Pastinya anda berasa kagum dengan pencapaian Azhari Rosli berjaya untuk membina empayar SugarBomb. Tahniah diucapkan kepada Azhari Rosli.

Semoga perkongsian ini menjadi semangat untuk anda diluar sana agar tidak berputus asa walaupun tidak mendapat pekerjaan. Di mana ada usaha pasti ada jalan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah yang mungkin boleh beri inspirasi buat anda di luar sana. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Beli RM380,000 Jual Balik Hanya RM85,000, Usahawan Kongsi ‘Pengajaran’ Miliki Kereta Mewah