Setiap orang memiliki perjalanan hidup mereka sendiri dan pastinya kejayaan tidak datang bergolek tanpa berusaha. Pernah atau tidak, anda tahu akan kewujudan minyak wangi jenama SugarBomb?
Untuk pengetahuan anda, SugarBomb merupakan antara jenama minyak wangi tempatan yang berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Bukan sahaja wangi tetapi harganya yang mampu milik membuatkan ia dicari ramai.
Tahukah anda siapa pengasas SugarBomb? Terbaharu, Azhari Rosli iaitu pengasas SugarBomb telah berkongsi kisahnya membina empayar SugarBomb sehingga sekarang.
Biasanya bila study luar negara, org expect kita akn kerja "gaji besar". Tapi, utk aku cerita dia lain.
Sekarang ramai betul org share cerita masing-masing. Ni cerita aku, dan mcm mana aku tinggalkan apa yg aku belajar utk bina empayar SugarBomb.
Harap dpt jadikan sbg teladan pic.twitter.com/LmKOh5LlhF
— Azhari Rosli (@ayieesb) June 17, 2020
Apa yang mengejutkan, Azhari Rosli merupakan seorang graduan luar negara belajar aeronautical engineering. Mesti anda di luar sana tertanya-tanya kenapa beliau lari dari bidang yang diceburinya sebelum ini.
Sebelum ini, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Master di United Kingdom dalam bidang aeronautical engineering selama 5 tahun. Selepas beliau tamat belajar, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Time tu, aku start belajar kerja as a cleaner. Aku kena cari duit sendiri sebab kos sara hidup kat sana tinggi. Lepas habis kelas, aku terus bersiap utk pergi kerja. Cuci pejabat, cuci tandas, semua aku sapu.
Ni contract kerja aku as a cleaner masa dekat UK. pic.twitter.com/My02R1ZBwX
— Azhari Rosli (@ayieesb) June 17, 2020
Sekembalinya dari United Kingdom, beliau telah menghantar permohonan kerja ke 50 syarikat tetapi hanya 10 syarikat yang panggilnya hadir ke temuduga. Malangnya, kesemua syarikat tidak menerima beliau untuk bekerja.
Oleh itu, kecewa tidak mendapat pekerjaan, beliau pun cuba pelbagai pekerjaan seperti mengambil upah sebagai pemandu lori dan buat dropship untuk mencari wang. Tidak lama selepas itu, beliau mula menjual minyak wangi dan buka empayar Elliadore.
Lepas aku buat Elliadore, aku terfikir nk buat perfume yang mampu milik. Tapi 3 tahun lepas tu, aku terfikir nama SugarBomb, nama yang best untuk dijadikan satu brand.
So tepat tahun 2017 bulan March, aku buat la brand SugarBomb. Ni first product sugarbomb yang aku buat. pic.twitter.com/jV9zSQc4xQ
— Azhari Rosli (@ayieesb) June 17, 2020
Menurutnya, Elliadore merupakan minyak wangi pertama yang beliau keluarkan dan selepas 3 tahun, beliau ingin menjual dan hasilkan minyak wangi yang mampu milik.
Pada tahun 2017, beliau mula tampil dengan jenama minyak wangi SugarBomb yang anda mungkin miliki saat ini. Pada awal penghasilan produk jenama SugarBomb ini, beliau hanya buat SugarBomb dari belakang rumahnya sahaja.
Tahun 2019 Sugarbomb membesar dengan cepat betul, sampai aku terpaksa bukak kilang satu lagi. Thanks korang yang selalu support SugarBomb, ni lah kilang sugarbomb tahun 2019. Terkejut aku tengok bangunan besar kat belakang tu. pic.twitter.com/cuJssSUDHM
— Azhari Rosli (@ayieesb) June 17, 2020
Bermula dari 300 botol dan penghasilannya makin meningkat sehingga berjaya membuka kilang SugarBomb sendiri dan mampu menghasilkan lebih 100,000 botol seminggu.
Pada tahun 2019, beliau membuka satu lagi kilang berikutan pertambahan demand pembeli. Pada tahun 2020 pula, SugarBomb berjaya jadi penaja buat pasukan bola sepak Selangor dan membuka satu lagi headquarter SugarBomb serta membeli 2 buah kilang lagi.
Tahun 2020 jgk aku bakal buka 1 lagi headquarters baru. Kali ni SugarBomb beli terus kilang 2 unit.
Alhamdulillah dgn support distributor dn peminat SugarBomb, kita akn pindah ke HQ baru dlm masa terdekat. Aku tk pernah terfikir pun nk beli kilang, tapi ni lah HQ baru SugarBomb pic.twitter.com/fu1ac8hVpW
— Azhari Rosli (@ayieesb) June 17, 2020
Pastinya anda berasa kagum dengan pencapaian Azhari Rosli berjaya untuk membina empayar SugarBomb. Tahniah diucapkan kepada Azhari Rosli.
Semoga perkongsian ini menjadi semangat untuk anda diluar sana agar tidak berputus asa walaupun tidak mendapat pekerjaan. Di mana ada usaha pasti ada jalan.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah yang mungkin boleh beri inspirasi buat anda di luar sana. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula
Beli RM380,000 Jual Balik Hanya RM85,000, Usahawan Kongsi ‘Pengajaran’ Miliki Kereta Mewah