Buat mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang terutama di kawasan sekitar Sungai Buloh, pasti anda akan mengenali Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras yang sentiasa dijual di bazar-bazar setiap kali tibanya Ramadan.

Tetapi mungkin ramai antara kita yang tidak tahu bagaimana kisah Tepung Pelita Paya Jaras bermula suatu ketika dahulu- atau lebih tepat lagi pada 1999.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Melalui satu temu bual Astro Awani bersama pemilik jenama tepung pelita kegemaran ramai itu, mereka menjelaskan segalanya bermula dengan kejadian mereka menyedahkan kuih tersebut selepas ditolak oleh pihak sekolah untuk berniaga.

Melalui temu bual tersebut, pemiliknya Watie Abdul Rahman dan suaminya Nadzri Taris berkata perniagaan tepung pelita mereka bermula dengan penuh cabaran sebelum dikenali ramai seperti ketika ini.

“Pada mulanya, saya cuba bawa ke sekolah di Sungai Buloh. Mereka cakap pada mula tidak mahu mengambil kuih saya, namun saya bertegas untuk sedekahkan sahaja dua tray kuih kepada murid sekolah pada hari itu sebelum berlalu pergi.

“Pada keesokannya, mereka hubungi saya dan sejak itu bermulalah rutin saya membuat Tepung Pelita setiap pagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, bermula daripada sedekah yang dilakukannya kepada sekolah itu juga membuka peluang untuk mereka mula mengorak langkah lebih jauh dan mula menghantar kuih mereka ke hotel dan pasar-pasar.

“Dari situ saya mula membuat kuih setiap hari dan ada yang dihantar ke hotel dan pasar malam bukan sahaja di Paya Jaras, tetapi juga di pasar setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

“Saya juga mencari tapak di tempat lain sehingga setiap hari ada sahaja permintaan,” tambahnya.

Perjalanan mereka sejak 1999 itu bagaimanapun bukanlah mudah seperti yang disangka, malah menurutnya pernah melalui saat-saat sukar seperti kuih yang dijualnya pernah tidak mendapat perhatian seperti yang mereka nikmati sekarang.

“Semasa di bazar dulu, masa itu sudah pukul 5 petang, ramai orang datang membeli juadah puasa tetapi hairannya hanya kuih saya tidak dibeli. Saya nak menangis masa itu sambil berdoa kepada Allah untuk memberikan rezeki kepada anak-anak.

“Namun, akhirnya pada pukul 6.30 petang orang datang serbu serentak. Saya menangis kegembiraan masa itu sebab sampai 20 tray licin dan sebab mulalah ilham untuk wujudkan tagline, Rasa Sebulan, Rindu Setahun,”  ceritanya.

Dan kini selepas 20 tahun berada dalam industri perniagaan juadah kegemaran rakyat Malaysia itu Watie menjelaskan mereka mempunyai lebih 100 ejen jualan setiap kali bulan Ramadan tiba.

Jadi tidak hairanlah jika kita sering melihat tepung pelita Paya Jaras ini dijual di hampir setiap bazar Ramadan yang kita kunjungi sebelum ini kerana mereka mempunya ejen yang begitu ramai.

Tiada tepung pelita Ramadan kali ini

Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru COVID-19 ketika ini, pengusaha kuih tersebut pada semalam memaklumkan pihak mereka tidak akan beroperasi untuk membuat juadah kegemaran orang ramai itu untuk Ramadan kali ini.

Assalamualaikum..pemberitahuanKepada semua peminat dan agen TEPUNG PELITA ISTIMEWA PAYAJARAS…tiada bazar tahun ini ..tiada tepung pelita

Posted by Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras on Saturday, 18 April 2020

Menurut laporan Astro Awani, keputusan tersebut dibuat pemiliknya Watie Abdul Rahman, 48 dan suami, Nadzri Taris, 46 tahun demi kebaikan rakyat Malaysia walaupun terdapat banyak permintaan daripada ejen-ejen mereka.

Pihak mereka pada masa sama juga dilaporkan tidak akan melakukan jualan atas talian untuk tahun ini bagi tepung pelita kegemaran ramai itu.

“Kami tidak membuat sebarang jualan atas talian juga. Jadi sekiranya ada mana-mana pihak yang menggunakan nama kami Tepung Pelita Paya Jaras untuk bulan Ramadan ini yang menjual secara atas talian, itu bukan daripada kami sebab kami tiada jualan atas talian Ramadan ini. Jumpa kami di tahun depan,” katanya.

Walaupun tiada bazar ramadan fizikal dibenarkan tahun ini, namun beberapa pengusaha sudah pun mengambil inisiatif dengan menyediakan perkhidmatan bazar ramadan ‘online’. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Bazar Ramadan ‘Online’ Sudah Mula Beroperasi Di Facebook

Selangor Umum Bakal Teruskan E-Bazar Untuk Ramadan

Grab Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Bangunkan Perkhidmatan E-Bazar Ramadan

Anda Mungkin Suka