Adakah anda masih ingat adegan roti canai terbang dalam filem Lagi Lagi Senario? Bukan mudah sebenarnya mahu menebar roti canai kerana perlukan kesungguhan dan juga skil.

Terbaharu, sebuah video TikTok dikongsi @muizruzaini memaparkan perjalanan dirinya yang belajar menebar roti canai sejak tahun 2019 daripada hanya menonton video di TikTok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@muizruzaini

Reply to @eddy0058 2019

♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia

Pada awalnya, Muiz gagal menebar dengan sempurna tapi kegigihannya terus berlatih dan belajar dengan seorang guru membuahkan hasil. Bukan itu sahaja, Muiz juga pernah memenangi pertandingan menebar roti pada tahun 2019 di Alor Setar.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji lelaki itu yang tidak putus asa untuk belajar menebar roti canai. Malah, para netizen turut mengucapkan tahniah kepadanya kerana berkat usahanya maka kini dirinya berjaya menebar roti canai dengan baik.

Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa inilah bukti jika berusaha pasti akan membuahkan hasil. Malah, para netizen berharap lebih ramai anak muda akan menjadikan video tersebut sebagai inspirasi untuk tetap berusaha mencapai impian.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan mendapat 56 ribu tanda suka.

Walaupun hidup susah, tetapi lelaki ini cekal berusaha mahu menjadi seorang doktor. Ikuti kisah doktor ini pada pautan di bawah. 

Berjaya Jadi Doktor Walau Hidup Susah, Kisah Hidup Lelaki Ini Buat Netizen Terharu

Mengapa Anda Perlu Bertoleransi Dengan Pekerja McDonald’s Berlencana Khas Ini