Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular pada minggu lalu apabila kumpulan Anonymous Malaysia hadir dengan sebuah video baharu meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem sekuriti laman web kerajaan di Malaysia yang lemah.

Siapa sangka tepat jam 12.00 tengah malam sebentar tadi beberapa laman web kerajaan Malaysia telah diserang oleh kumpulan hacker yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia.

Menerusi perkongsian kumpulan di laman Facebook Anonymous Malaysia, kumpulan ini berjaya menembus sistem sekuriti yang terdiri daripada laman web milik Kerajaan Sabah, Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, CIDB dan Majlis Perbandaran Selayang.

144434428_5748393055186485_1723216490396408195_o

Sumber: facebook anonymous malaysia

Setakat ini, kesemua laman yang diserang kumpulan Anonymous Malaysia telah kembali pulih. Difahamkan tujuan serangan dibuat untuk memberi pengajaran kepada laman web kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem sekuriti dalam negara agar tidak mudah diceroboh khususnya dari pihak luar.

Sebelum ini kumpulan ini juga turut mendakwa mengetahui pegawai kerajaan dan ahli politik yang menerima rasuah bagi melindungi kegiatan judi atau peras ugut sekian lama serta merupakan dalang kepada kebocoran data peribadi.

Tular pada minggu lalu apabila kurier disalahkan selepas barangan yang dihantar pecah berikutan cara pembungkusan yang tidak kemas.

Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas

‘Doktor’ Berpendapat Dybbuk Box Yang Dibeli PrinceMeed Sebenarnya Hanya Kotak Buatan Sendiri

‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia

Anda Mungkin Suka