Setiap orang memiliki kisah perjalanan tersendiri bagaimana berjumpa dengan pasangan. Kebiasaanya kita akan berjumpa dengan pasangan kita dengan cara tidak diduga.

Kisah bagaimana pengguna Facebook Fakhrullah Yusup yang hanya mahu mencari alat ganti kereta tetapi menemui isterinya kini telah tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, Fakhrullah telah bertanyakan akan alat ganti kereta pada pemilik bengkel kereta yang kini sudah menjadi isterinya di Facebook. Disebabkan ada beberapa perkara yang membuatnya bingung maka mereka telah saling bertukar nombor telefon untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Kemudian, perasaan mula muncul apabila mereka saling berbalas pesanan dan juga berjumpa. Menerusi satu laporan, Fakhrullah memberitahu bahawa beliau yakin isterinya itu yang terbaik dan menemukan erti dalam hidupnya selepas berjumpa dengan isterinya.

Malah, Fakhrullah bersyukur kerana ditemukan dengan seorang wanita yang hebat sebagai isterinya. Tambahnya, beliau tidak sangka perkongsiannya mendapat perhatian ramai dan mengucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan.

Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis perkongsian kisah cinta Fakhrullah sudah dikongsikan lebih 1,000 perkongsian dan dibanjiri dengan ucapan netizen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah cinta yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ibarat Dalam Filem, Pramugari AirAsia Kongsi Detik Pertemuan Sebelum Menjadi Suami Isteri

Bercinta 5 tahun, Wanita Ini Kongsi Kisah Penceraiannya Selepas 2 Tahun Berkahwin

Cerita Benar Kisah Cinta Antara Seorang Lelaki Miskin Dan Gadis Kaya