Jika anda merupakan salah seorang daripada netizen yang tidak puas mendengar cerita Pok Tar mengenai pendudukan askar Jepun di Kelantan suatu ketika dahulu, anda kini boleh menarik nafas lega.

Ini kerana Pok Tar baru-baru ini telah membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon dalam drama spontan Syahmi Sazli di YouTube bersama dengan barisan pelakon seperti Yoe dan Asif yang sinonim dengan siri berkenaan.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Menerusi Drama Spontan episod 26 itu, Pok Tar dalam drama berkenaan mengimbau kembali pengalamannya bersama Yoe dalam mencari jodoh suatu ketika dahulu.

poktar1

Berlatarbelakangkan tahun 1941, Pok Tar yang masih mengekalkan gaya pakaiannya seperti dalam itu membantu Yoe dalam berhadapan tentera Jepun yang dilakonkan oleh Asif dan Bedul.

Yoe dalam drama spontan kali ini berdepan dengan situasi getir apabila kekasihnya Zaiton diculik tentera Jepun (Asif dan Yoe).

asif

Untuk menyelesaikan masalahnya itu, Yoe kemudiannya meminta bantuan Pok Tar untuk melawan tentera Jepun.

“Pok Tar ooo Pok Tar, saya nak minta tolong ni.

“Gewe (kekasih) saya kena culik ni,” ujar Yoe kepada Pok Tar dalam drama berkenaan.

yoe

Anda boleh menonton bagaimana Pok Tar membantu Yoe menyelamatkan gewe-nya dalam Drama Spontan 26: Pahlawan Zaman Jepun melalui pautan di bawah.

Mula dimuat naik pada Isnin, 14 Disember baru-baru ini, drama spontan berkenaan sudah pun mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan trending nombor 1 hari ini di YouTube.

Jika anda terlepas melihat aksi pertama Pok Tar bercerita sebelum ini, anda boleh menontonnya melalui pautan di bawah. 

Netizen Tidak Puas Lihat Pak Cik 102 Tahun Kongsi Cerita Askar Jepun Di Kelantan

11 Perkara Usahawan Boleh Pelajari Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

‘Sembahyang Hajat Setiap Tahun’- Prinsip Tauke Berbangsa Cina Di Kelantan Ini Dipuji Netizen

Anda Mungkin Suka