Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Mohamad Amirul Asyraaf Zani atau lebih mesra dipanggil ‘Pak Tam’ mula dikenali ramai sejak mendapat liputan media mengenai kisah dia mengambil upah custom kereta Hot Wheels pada umur yang sangat muda.

Dia yang baru berusia 17 tahun berbuat demikian bagi membantu ibunya, seorang tukang jahit yang tidak mempunyai pendapatan tetap setelah bapanya tidak boleh berkerja kerana mempunyai masalah kesihatan penyakit kencing manis tujuh tahun lalu.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Pak Tam mual belajar custom kereta Hot Wheels sejak berusia 12 tahun dengan menggabungkan simen jenis epoxy putty dan plastik. Ketika berusia 15 tahun, barulah dia menjual kereta Hot Wheels custom di bawah nama ‘Pak Tam Garage’ bagi menampung sara hidup keluarganya.

“Saya hasilkan kereta mini berdasarkan tempahan pelanggan yang kebanyakannya mahu model sama seperti kereta milik mereka sebagai kenangan.

“Setakat ini saya dah jual 20 kereta mini kepada pelanggan di Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Kelantan,” katanya ketika ditemubual oleh Harian Metro.

Menurut Pak Tam, dia mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menghasilkan kereta custom dengan kebanyakannya tempahan diterima terdiri  kereta jenama tempatan seperti Proton Waja, Proton Wira, Perodua Myvi dan Perodua Viva.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia menjual setiap rekaannya dengan harga RM100 hingga RM200 bergantung kepada reka bentuk dan permintaan pelanggan.

“Ada pelanggan yang paling saya ingat, dia membuat tempahan kereta mini buat hadiah ibunya yang kehilangan kereta tersayang, pelanggan siap buat video ibunya menangis dan itu memberi kepuasan buat diri saya sebagai pencipta kereta mini itu.

“Namun ada juga kecaman yang saya terima apabila mengatakan tiada orang akan membeli kereta mini saya yang dikatakan berharga mahal dan saya dipanggil gila selain menganggap kerja saya buat buang masa sedangkan saya cuba mencari rezeki halal buat keluarga,” kata Pak Tam.

Terbaru, Pak Tam telah menyiapkan sebuah model custom Ford Ranger untuk ikon fesyen maskulin tempatan terkenal, Wak Doyok. Kereta custom tersebut sudah pun diserahkan kepada Wak Doyok dalam satu sesi pengambaran.

Tahniah kami ucapkan kepada Pak Tam kerana berjaya mencipta nama pada usia sangat muda hasil kerja keras mahu membantu ahli keluarga. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Pak Tam, bolehlah hubungi melalui Facebook atau Instagram miliknya.

Tatkala adik Mohamad Amirul berkerja keras mahu membantu keluarga, ada pula pelajar baru selesai SPM disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya setelah gambarnya tular di media sosial.

Pelajar Ini Disaman Polis Selepas Tular Gambar Luah Kata Kesat Terhadap Guru Pada Baju

Sekadar Mahu Minum Air, Pemilik Kedai Di Johor Ini Dikompaun Sewaktu Ketiadaan Pelanggan

 

Anda Mungkin Suka