Menjalankan aktiviti perniagaan menjual pakaian bundle yang diimport dari luar negara bukanlah perkara yang asing dalam kalangan anak muda kita.Malah kita sering saja dihidangkan dengan kisah kejayaan mereka ini mendapatkan hasil yang lumayan setiap kali pakaian berjenama dan rare muncul dalam ‘guni’ yang dibeli mereka.

Bagaimanapun siapa sangka, aktiviti menjual pakaian bundle ini sebenarnya bukan sahaja menghasilkan jualan yang lumayan namun mampu membuka peluang untuk seseorang itu pergi lebih jauh dalam perniagaan seperti yang berlaku kepada pemuda dari Klang, Selangor ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Menurut Harian Metro, Muhammad Asyraf yang bermula dengan modal RM100 untuk menjual pakaian bundle di awal pembabitannya berjaya membeli rumah buat keluarganya selepas mengembangkan perniagaan bundle miliknya dengan menjadi personal shopper barangan streetwear.

“Dengan modal yang sedikit saya beli top up (tambah nilai) untuk langgan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang menjual barangan bundle serta cara mereka mempromosikan barang.

“Baki modal itu saya beli pakaian terpakai di kedai bundle dan jual beberapa helai di Instagram, tidak sangka dalam masa seminggu habis dijual,” katanya kepada Harian Metro.

Berkembang menjadi personal shopper

Tambah beliau lagi, bermula dari situlah perniagaannya makin berkembang sehingga  berjaya menjadi personal shopper di Jepun kepada peminat barangan streetwear dan bundle di Malaysia.

Budaya streetwear dan bundle sentiasa berkait rapat dengan penjual-penjual bundle sering menjadi pilihan dan kedai-kedai bundle pula menjadi lubuk buat mereka yang mencari pakaian streetwear berjenama dengan harga yang murah.

“Pada awal 2019, saya berjaya menyimpan keuntungan RM200,000 dalam simpanan berkat sambutan hangat pelanggan yang meminati barangan bundle dari Jepun.

“Berbaloi penat lelah ‘menyelam’ (mencari barangan bundle) di negara itu, hasilnya cukup lumayan kerana nilai barangan bundle di Jepun tinggi mencecah ribuan ringgit dan ada yang sanggup membelinya,” jelasnya.

Mengulas mengenai rumah yang dibelinya pada tahun lalu seperti yang tular di media sosial sebelum ini, beliau menjelaskan ianya dihadiahkan kepada keluarga kerana masih bujang.

Perkongsian pencapaian beliau memiliki rumah dan kereta sendiri sebelum berusia 20 tahun mencuri perhatian netizen dan mendapat lebih 8,000 retweet dan 23,000 likes di Twitter.

Budaya bundle bukanlah satu perkara baru dalam kalangan masyarakat kita. Baca perkongsian lain kami sebelum ini mengenai komuniti bundle dalam negara di pautan di bawah. 

Lihat Gelagat Peminat JBR Bundle Berebut Tawaran Beli Satu Percuma Satu

‘Selam’ Pakaian Bundle & Vintage Di Setor Gombak Hujung Minggu Ini

‘AIZATBAKERCO’ Kedai Bundle Yang Anda Perlu Singgah Jika Ke Batu Pahat

Anda Mungkin Suka