Mungkin ramai yang sudah mengetahui pelakon dan pengacara Mira Filzah bakal melangsungkan perkahwinannya malam ini di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara.

Tetapi mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana jejaka pilihannya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar berjaya memikat hati pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkongsi kepada Berita Harian, Mira mendedahkan perkenalan antara mereka berdua bermula dengan ‘PM Tepi’ atau mesej langsung (DM) yang dihantar di Instagram kepada dirinya.

Mira Filzah
Mira Filzah, Foto: OhBulan

Bagaimanapun, mesej yang dihantar bakal suaminya itu pada mulanya tidak dilayan oleh Mira namun segalanya berubah apabila lelaki tersebut menghantar mesej kepada ibunya.

“Selepas gagal berhubung dengan saya, Emir tidak berputus asa apabila menghantar DM kepada emak.

“Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada emak. Tetapi emak beritahu, beliau kenal Allahyarham bapa Emir dan menceritakan mengenai latar belakang keluarganya kepada saya,” katanya.

Bermula dengan mesej itu juga, Mira menjelaskan dia menjadi semakin terbuka untuk berkenalan dengan lelaki pilihan hatinya itu sebelum ini. Malah dia menjelaskan hanya memerlukan lima hingga enam kali pertemuan sahaja sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan Emir.

“Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .

“Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat. Jadi, saya terus beritahu emak hasrat hati untuk berkahwin,” kongsinya.

Majlis pernikahan Mira dan jejaka pilihan hatinya itu boleh disaksikan peminat melalui siaran TV3 pada jam 9 malam ini.

Manakala majlis resepsi kedua dan ketiga yang bakal berlangsung esok dan Ahad ini juga akan disiarkan secara langsung di TV3.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai usaha Wan Maimunah untuk mencari kembali pelakon iklan yang pernah meragutnya suatu ketika dahulu di pautan di bawah. 

Wan Maimunah Cari Kembali Lelaki Yang Pernah ‘Meragutnya’ 20 Tahun Lalu

Persoal Agama Anak, Azhar Sulaiman Jawab Komen ‘Pedas’ Netizen Dengan Tenang

Sebiji Macam Siti Nurhaliza, Nyanyian ‘Suara Kepit’ Lelaki Ini Buat Netizen Tergamam

Sumber