Jenama Farm Fresh merupakan antara jenama susu segar yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Malah, tidak mudah untuk jenama Farm Fresh ini menawan hati pengguna takkala banyak jenama tenusu terkemuka berada di pasaran.

Bagi anda yang tidak tahu, Farm Fresh memiliki ladangnya tersendiri dan selain daripada menjual produk tenusu Farm Fresh, mereka juga menjual daging segar dari ladang. Terbaharu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal telah berkongsi Rompin Beef iaitu jenama daging segar premium keluaran syarikatnya telah mula dijual di pasaraya AEON.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Ketika Pandemik covid19 ini “food security” kita di uji. Inilah masanya kita blh melihat betapa mantapnya food security…

Posted by Azmi Zainal on Thursday, 2 April 2020

Berikutan itu, Azmi Zainal mengakui bahawa pihaknya tidak menang tangan untuk membekalkan daging segar untuk pasaraya dan stokis bagi memastikan bekalan mencukupi terutama sekali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Pada mulanya banyak tempat yang menolak untuk pasarkan Rompin Beef ini tetapi kini banyak syarikat ingin pasarkan ia.

Tambahnya lagi, penularan wabak COVID-19 di negara ini bukan hanya menunjukkan betapa bagusnya Malaysia tangani isu tersebut tetapi juga menonjolkan kehebatan food security di Malaysia yang pasti ramai tidak sedar.

Syabas diucapkan kepada Farm Fresh kerana kini telah berjaya untuk pasarkan satu lagi produk berkualiti untuk rakyat Malaysia. Buat anda yang ingin mencuba daging premium keluaran Farm Fresh ini, bolehlah beli Rompin Beef di AEON terdekat anda.

Sementara itu, apa kata ikuti perkongsian kepayahan Azmi Zainal untuk menjual produk Farm Fresh satu ketika dahulu pada pautan di bawah ini.

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya

Anda Mungkin Suka