Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tampil dengan keunikan tersendiri, dua sahabat baik iaitu Iffah Irdina dan Nor Fazrina telah mengusahakan perniagaan Kopi dan Pulut yang beroperasi di depan Mydin Bandar Teknologi Kajang, Selangor pada tahun lalu.

Pernah dilabelkan sebagai ‘Gerai Kopi Paling Comel Di Malaysia’, konsep minimalis yang dibawa hasil inspirasi dari gerai kopi jalanan di negara Jepun. Pada awalnya, dua sahabat baik ini memulakan perniagaan dengan membeli van bernilai RM200 dan berniaga di tepi jalan sahaja.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →
@pulutdankopi

Perjalanan Pulut & Kopi dari tepi jalan.

♬ Manusia Kuat – Tulus

Kemudian, perniagaan mereka mendapat perhatian orang ramai dan menerima sambutan yang menggalakkan. Walaupun tidak memiliki alatan ‘premium’ membuat kopi tetapi mereka tetap berusaha untuk menghasilkan kopi terbaik kepada para pelanggan.

Bermacam-macam dugaan mereka telah tempuh seperti berhujan dan berpanas, payung patah dan sebagainya. Berkat tidak mudah putus asa dan sokongan diberikan pelanggan, maka mereka berjaya membuka kedai Pulut dan Kopi selepas setahun beroperasi di tepi jalan.

Menariknya, rekaan kedai mereka minimalis dan juga aestetik yang pastinya akan menarik lebih ramai pelanggan kelak. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada mereka dan akan selalu menyokong mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen juga teruja mahu ke kedai mereka yang baru dibuka itu. Malah, rata-rata netizen turut mengatakan kisah perjalanan mereka dari buka gerai tepi jalan sehingga miliki kedai sendiri cukup memberikan inspirasi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan kedai kopi jalanan pada pautan di bawah ini.

Kedai Kopi Tepi Jalan Unik Di Seremban Tarik Perhatian Netizen

5 Jenis Kopi Ini Boleh Anda Nikmati Dengan Semudah Petik Jari Saja

Cipta Keunikan Jual Kopi Belakang Kereta, ‘Kedai’ Di Johor Bahru Ini Curi Perhatian Netizen