Usaha pemuda dari Kelantan, Mohamad Aqef Aizaq menghasilkan potret ‘Terima kasih Abah’ buat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nampaknya membawa tuah kepada beliau di tengah-tengah situasi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Ramadan yang baru tiba minggu ini.

Menurut beliau, potret perdana menteri yang dihasilkannya ketika bersiaran secara langsung di Facebook Live itu bukan sahaja dikongsikan ramai netizen sebelum ini tetapi turut mendapat perhatian daripada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Saya buat siaran langsung (live) menerusi Facebook ketika menulis potret itu. Daripada sikit, lama-kelamaan ramai yang tonton dan mula share. Memang niat nak hadiahkan kepada beliau, jika ada rezeki nak masukkan dalam frame cantik-cantik dan serah sendiri ke tangan beliau apabila situasi COVID-19 dah pulih.

“Nak dijadikan cerita, disebabkan ramai yang share, pada Jumaat lalu ada pihak menghubungi saya dan menyatakan beliau daripada Pejabat Perdana Menteri. Pegawai tersebut berkata dia akan menghubungi saya lagi selepas ini untuk maklumkan bagaimana untuk menghantar lukisan tersebut,”katanya.

Melalui temubual bersama Mstar, Mohamad Aqef menceritakan dia yang kini bercuti daripada kerja tergerak hati untuk melukis potret perdana menteri Malaysia itu bagi mengisi masa lapangnya.

Lukisan yang dihasilkan menggunakan lakaran pensil itu menurut Aqef mempunyai maksud serta simbolik yang tersendiri dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.

Menurutnya, lukisan itu dihasilkan melalui pemerhatian terhadap riak wajah ikhlas perdana menteri itu menyampaikan ucapan dan perutusannya sebelum ini.

“Cara bagaimana beliau mendepani situasi dalam masa yang sama menjaga kebajikan rakyat, bagaimana beliau mentadbir, semua itu saya terjemahkan dalam lukisan ini.

“Maka terhasillah lukisan Terima Kasih Abah. Tiada apa yang saya nak sampaikan melainkan ucapan terima kasih dan doa saya sentiasa bersama beliau,” katanya kepada Mstar.

Berikut adalah perkongsian asal daripada pemuda yang berasal daripada Kg Chetok, Pasir Mas itu yang menunjukkan proses menghasilkan potret tersebut.

Masyarakat kita sememangnya tidak pernah ketandusan bakat dalam bidang seni kreatif. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai hasil lukisan pelukis jalanan ini yang menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum ini. 

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong

10 Lukisan Oleh Gelandangan Ini Berharga Puluh Ribu Ringgit

Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang

Sumber