Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Permintaan untuk perniagaan hadiah dalam talian, BloomThis meningkat naik saban tahun. Dengan pertumbuhan 500% dalam masa dua tahun, BloomThis ketika ini telah membuat penghantaran lebih 100,000 tempahan dalam masa 12 bulan yang lalu.

Saat mereka mahu mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2022, mereka turut menyasarkan untuk menerapkan operational blueprint mereka di beberapa bandar di seluruh Malaysia sebelum berkembang secara regional dengan bantuan usahawan berpengalaman selepas melepasi Panel Pemilihan Tempatan (LSP) Endeavor Malaysia.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

BloomThis ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Giden Lim dan Penny Choo yang memulakan perniagaan mereka di apartmen tempat tinggal mereka di mana peti sejuk di rumah menjadi tempat simpan bunga dan bukannya makanan. Pasangan suami isteri ini melihat terdapatnya kekurangan dalam industri hadiah dan bunga; gubahan bunga yang membosankan, produk kurang berkualiti, customer experience yang tidak baik dan banyak lagi.

Dengan usaha keras mereka membaiki industri ini, BloomThis menggunakan kelebihan yang mereka anda untuk kembangkan produk dan servis mereka dengan penghantaran hadiah dalam masa 4 jam sahaja.

BloomThis juga merupakan salah satu peserta untuk program ScaleUp Cohort 2 Endeavor Malaysia yang dilancarkan pada 2021. Sebagai syarikat pertama yang lulus program dan menjadi calon LSP, BloomThis bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan tinggi tetapi mendapat daya tarikan, menambah bilangan pelanggan dan memenangi pelbagai anugerah sepanjang perjalanan mereka dalam program ini.

“Sejak kami menyertai program ScaleUp ini, kami bukan sahaja menerima mentor yang hebat tetapi usahawan hebat yang sanggup meluangkan masa untuk mengajar kami. Ia merupakan satu cabaran yang hebat untuk mengembangkan bisnes ini tetapi bersama Endeavor, kami mahu cipta momen indah dan kegembiraan untuk lebih ramai pelanggan di Asia Tenggara.

“Hasrat kami adalah untuk menghantar bunga dan hadiah ke serata Asia Tenggara dalam masa 1 jam kepada 1 juta pelanggan. Moga ia jadi kenyataan,” komen Giden dan Penny, pengasas bersama BloomThis.

Panel Pemilihan Tempatan ialah satu sesi pemilihan merit-based yang ketat bagi memilih peserta yang terbaik untuk memberi sokongan kepada mereka mencapai impian. Untuk sesi pemilihan ini, panel yang terlibat adalah Mentor Endeavor Gaurav Bhasin (Group Chief Strategy Officer dan CEO Malaysia Carousell Group), Loi Liang Tok (ketua kepengurusan di Pizza Hut Malaysia) dan Endeavor Entrepreneur See Wai Hun (CEO Juris Technologies & iMoney).

Ini beberapa artikel lain berkaitan Endeavor Malaysia sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.

Endeavor Malaysia Pilih 8 Syarikat Untuk Program ‘ScaleUp Endeavor’

Endeavor Malaysia Lancar ScaleUp Endeavor Kedua Untuk Bantu ‘Startup’ Berpotensi Tinggi