Airbnb merupakan platform pilihan ramai untuk mendapatkan penginapan yang unik dengan harga berpatutan. Demi konten dan ‘prank’, YouTuber Passion Squad ini sengaja mencipta penginapan Airbnb paling teruk di dunia sebagai bahan jenaka.
Menerusi video yang dimuat naik, penginapan yang ditawar hanya menyediakan tilam, alas tilam, kabinet sisi, lampu dan dua gelas air dibawah pokok di tengah-tengah ladang.
https://youtu.be/3nuCKCDZXW8
Apa yang mengejutkan, penginapan paling teruk tersebut mendapat banyak tempahan. Disebabkan ia adalah prank semata-mata, maka mereka tidak mengambil sebarang tempahan.
Malah, mereka boleh peroleh keuntungan jika membenarkan orang ramai menempah penginapan tersebut tetapi tidak mereka memilih untuk tidak mengambil tempahan. Tambahnya, agak mengejutkan kerana ada yang mahu menempah penginapan bawah pokok.
Apa pendapat anda? Adakah anda mahu mencuba penginapan di bawah pokok dikelilingi alam semulajadi seperti ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tempat penginapan Airbnb yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.
Penginapan ‘Unik’ Airbnb Di Petaling Jaya Ini Tawar Pengalaman Realiti Kehidupan Miskin Bandar
Airbnb Tawar Penginapan Di ‘Hotel Kentang Idaho’ Yang Sangat Unik
Lelaki Ini Kongsi Gambar Kediaman Airbnb Yang Ditempahnya Di Amsterdam