Sebelum ini Vocket ada siarkan artikel aku pasal bagaimana Bangla boleh berjaya di Malaysia.

Baca: Berniaga Di Istanbul Buat Lelaki Ini Faham Kenapa Mat Bangla Boleh Berjaya Di Malaysia

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada respon yang aku baca di Facebook Page Vocket ada juga yang menghentam. Paling kelakar ada yang kata aku dah senang bolehlah cakap macam tu.

Sedangkan aku hanya menulis dari sisi positif serta pandangan aku sebagai orang yang merantau di bumi orang, Istanbul.

Mereka yang menghentam mungkin tidak tahu yang aku pun mula-mula dahulu macam Bangla dan Pakistan bawa tudung jual di hotel-hotel sekitar Istanbul.

niaga-nasi-lemak-3

Untuk membuktikan Malaysia ini adalah lubuk duit aku pun berniaga nasi daging dan nasi lemak pada waktu pagi di Kota Kemuning.

Walaupun aku pulang bercuti ke Malaysia sebulan setengah sahaja tetapi aku sempat berniaga selama sebulan. Jadi apa pengalaman yang aku dapat berniaga pagi selama sebulan?

1. Proses memasak boleh bermula 8 malam sehingga 10 malam atau bermula pukul 4 pagi sampai 6 pagi. Dalam kes aku, isteri aku memasak ikut situasi anak-anak tidur pukul berapa.

2. Kena bangun awal sebelum subuh, boleh sunat solat subuh yang mana nilainya lebih besar langit & bumi. Boleh subuh berjemaah disurau, yang mana nilainya sama seperti tahajjud sepanjang malam.

3. Dalam quran ada ayat yang menyarankan selepas subuh kita bertebaran mencari rezeki.

4. Aura pagi. Cuaca dan mood waktu pagi selalunya masih segar. Cuaca tak panas, udara nyaman.

5. Pukul 10 dah tutup kedai, pukul 11 dah siap kemas. Boleh tidur sekejap (qailullah) sampai pukul 12.

6. Pukul 12 tengahari sampai 6 petang boleh buat perkara dan bisnes lain.

niaga-nasi-lemak-4

Selesai hari pertama pagi tadi di Kota Kemuning. Balik Malaysia kali ni lama sedikit, sebulan setengah. Dari tak buat apa lebih baik cuba berniaga. Perkara menarik hari ini ialah hampir 70% makanan tidak terjual. Itulah namanya perniagaan, kerana kita bukan buat MLM.  Esok kita berniaga lagi, kita cuba lagi.

niaga-nasi-lemak-5

7:57am Nasi Daging Pendang dah sold out. Sekarang tinggal nasi lemak dan kuih-muih. Terima kasih yang sudi bagi sokongan dan share pasal Nasi Daging Pendang semalam.

Apa kelebihan berniaga makanan di Malaysia?

1. Orang Malaysia memang suka makan pagi.

2. Makanan berat berlauk dan kuih-muih laku keras.

3. Orang berniaga makanan memang tidak akan menghadapi masalah kekurangan makanan di rumah. Inshaallah.

4.  Urusan jualan tunai harian (fast cashflow). Mana ada orang hutang beli nasi lemak.

5. Semua bangsa makan nasi lemak dan kuih-muih.

6. Kalau kena gaya dan rasa sedap, orang akan beli hari-hari. Tempah katering pun ada.

Apakah kekurangan berniaga pagi?

Tiada masa lepak waktu malam untuk encik-encik suami. Mesti puan-puan suri rumah suka kan?

niaga-nasi-lemak-6

Adat berniaga ada hari tak habis ada hari semua habis. Alhamdulillah hari ni buka 6:30am, pukul 9:30am semua dah habis.  Nasi daging pendang, nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk, kuih-muih dan surat khabar.

Kesimpulan

1. Berniaga makanan tepi jalan ni kena banyak bersabar. Mula-mula berniaga ada 100 kereta lalu depan kedai kita, tetapi yang singgah sebiji kereta je.

2. Pasang banner besar-besar apa yang kita jual dan pilih jalan yang mempunyai trafik yang tidak begitu laju.

3. Sepanjang sebulan aku niaga, purata keuntungan bersih aku RM60-RM70 sehari. Sebulan bolehlah dapat RM1500 untung bersih. Agak rendah tetapi mungkin boleh bertambah jika buka secara konsisten.

4. Jika korang nak berniaga di tepi jalan tetapi rasa orang lain pandang hina, itu hanyalah halusinasi korang sahaja!

5. Jika rasa malu nak berniaga, tanya pada diri, malu tu boleh bagi duit tak?

niaga-nasi-lemak-7jpg

Esok Sabtu, hari terakhir meniaga sebelum pulang ke Istanbul. Hari ni dah mula bagitau ‘regular customer’ lepas ni dah tak meniaga. Sedih sedikit sebab dalam tempoh sebulan pertama nilah baru nak bina keyakinan dengan pelanggan.

Meniaga di kawasan Kota Kemuning ni seronok sebab Melayu, Cina dan India semua beli makanan yang kami jual.

Nak berniaga tetapi tidak pandai memasak?

Jika korang nak meniaga tetapi tak tahu masak nak buat macam mana?

Jika korang tinggal di bandar, buat sahaja iklan di flat-falt cari tukang masak nasi lemak. Tidak mungkin dalam satu flat tu tiada yang pandai masak nasi lemak. Bonus besar jika orang tu pandai buat sambal nasi lemak sedap.

Buat iklan yang sama untuk pembuat kuih-muih. Lepas tu cari kedai-kedai orang Kelantan yang jual nasi kerabu atau nasi berlauk. Letak juga nasi kerabu dan nasi berlauk di kedai korang.

Korang bayar sahaja upah atau jual secara konsainan. Lebih banyak lauk, lebih banyak aneka kuih lebih mudah menarik perhatian pelanggan.

Korang hanya perlu jual tidak perlu bersusah payah memasak berjam-jam. Dapat juga membantu suri rumah menambah pendapatan.

Itu sahaja coretan aku kali ini dari Istanbul.

Ps: Terima kasih kepada mak aku yang banyak membantu dan isteri yang gigih memasak. Inshaallah kami (Aku Dan Istanbul) akan memulakan projek terbaru kami di Istanbul iaitu ‪free delivery‬ masakan Malaysia ke sekitar hotel-hotel Istanbul.

Menu setakat ini ialah :
1. Nasi Ayam Madu Istanbul
2. Nasi Lemak Ayam Madu Istanbul

Doakan kami ya.

Baca lagi: 4 Nasihat Bisnes Berharga Daripada Pemilik 4 Buah Kilang