Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mulai menyerang dunia pada akhir tahun 2019 serta disahkan sebagai pandemik, wabak COVID-19 sememangnya jelas menjejaskan kesihatan serta ekonomi dunia.

Situasi yang berlaku turut mendesak pihak kerajaan untuk menawarkan vaksin sejak awal tahun lalu secara percuma buat seluruh penduduk Malaysia sebagai langkah untuk mengurangkan risiko serta penyebaran wabak penuh merbahaya ini.

Di sebalik pemberian percuma yang ditawarkan, nampaknya masih terdapat pihak yang cuma mengambil kesempatan dengan menjual sijil vaksin yang dipercayai palsu dengan harga sekitar sehingga RM500 khusus buat mereka yang mahu mendapatkan sijil tanpa perlu suntikan vaksin.

Menerusi perkongsian Twitter @ShaqNewsMPB, dilaporkan kes ini berlaku di sebuah klinik swasta di Marang melibatkan seorang doktor berusia 51 tahun. Lebih mengejutkan ramai, pihak polis sudah berjaya merampas 1,900 sijil vaksin COVID-19 palsu menerusi serbuan yang dijalankan.

Insiden yang berlaku nyata membuatkan para netizen kurang senang mengetahui terdapat doktor yang sanggup mengambil kesempatan atas penjualan sijil vaksin COVID-19 yang dipercayai palsu tersebut. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

Setakat ini, doktor berkenaan dikatakan telah dicekup bagi membantu siasatan lanjut. Para netizen turut meluahkan rasa risau memikirkan jumlah sijil yang sudah berjaya ‘dibeli’ golongan antivaksin semata-mata untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin tanpa syarat dibenarkan pihak KKM.

Baru sahaja varian Omicron menyerang dunia, timbul pula varian terbaru gabungan Delta dan Omicron yang dinamakan sebagai Deltacron.

Gabungan Delta Dan Omicron, Saintis Sahkan Penemuan Varian Deltacron Di Cyprus

Didakwa Masih Belum Dapatkan Vaksin Walaupun Satu Dos, YB KJ Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Anda Mungkin Suka