Restoran Delicious merupakan antara restoran kegemaran ramai kerana menyajikan pelbagai hidangan menarik dan sedap. Namun, berita yang akan disampaikan ini pasti akan membuat pelanggan setia restoran Delicious berasa sedih.

Menerusi satu kenyataan oleh Delicious Group, kesemua cawangan restoran Delicious telah ditutup secara rasmi semalam. Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi Facebook rasmi Delicious Group.

Pada awal tahun, pihak Delicious Group telah memutuskan untuk henti operasi dan tutup kesemua restoran Delicious. Akan tetapi, pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan menjadi sebab penutupan ditangguhkan bagi membenarkan pelanggan dapat menikmati hidangan mereka sebelum ditutup dan membantu para pekerja di waktu yang sukar ini.

Kini, pihak Delicious Group telah tutup operasi restoran-restorannya dan berterima kasih kepada para pelanggan kerana sentiasa menyokong restoran Delicious sepanjang tahun beroperasi.

Apakah menu yang menjadi kegemaran anda di Delicious? Kongsikan kenangan anda bersama keluarga atau apa sahaja kenangan terindah anda bersama Delicious di ruangan komen.

Sementara itu, kedai ‘bubble tea’ di SS15 kini mula mati dan apa kata anda klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bubble Tea Street Di SS15 Subang Jaya Kini ‘Mati’ Kerana Kurang Pelanggan

Berdepan Kerugian Kerana COVID-19, Genting Malaysia Bakal Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

Unik Dan Kreatif, AnCasa Hotel Perkenalkan Pakej ‘Work From Hotel’ Serendah RM99