Klang dikenali sebagai Bandar di Raja dan merupakan antara destinasi meriah setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal. Almaklumlah, ramai yang membeli kelengkapan Hari Raya di sini.

Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah restoran Cina muslim yang terkenal dalam kalangan penduduk Klang. Restoran TSY Claypot Kari Mee ini dimiliki oleh Anwar Tho Bin Abdullah dan telah beroperasi lebih 40 tahun.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Mee kari claypot merupakan menu terkenal di restoran ini dan terdapat pelbagai jenis makanan Cina yang anda boleh cuba di sini seperti mee Hokkien dan banyak lagi. Anda yang ingin nikmati makanan Cina rasa asli kena cuba di sini.

Restoran ini terletak di 10, Jalan Goh Hock Huat, Kawasan 18, 41400, Klang Selangor. Bagi anda yang ingin mencuba nikmati hidangan enak di restoran ini, ia beroperasi setiap hari pada jam 6.30 petang hingga 1 pagi kecuali hari Selasa.

Tunggu apa lagi, jika anda ke Klang jangan lupa singgah ke sini. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa restoran menarik yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini. 

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

7 Tempat Makan Malam Dengan Pemandangan Menarik Hanya Di Lembah Klang

Anda Mungkin Suka