Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum mengundi, rata-rata ahli parti politik pastinya akan mengadakan kempen pilihan raya bertujuan untuk menyebarkan manifesto serta ‘memancing undi’ rakyat. Semasa berkempen, baju bercorakkan logo parti politik masing-masing turut diperagakan bagi menghangatkan lagi suasana berpolitik.

Namun, situasinya lain pula di Peru apabila seorang lelaki juga merupakan ahli politik bagi parti Partido Popular Cristiano (PPC) bernama Jorge Hugo Romero, kini menjadi perbualan di seluruh dunia selepas dia mengadakan kempen pilihan raya dengan cara unik iaitu berkempen sambil memakai baju Akatsuki (organisasi ninja dalam anime Naruto).

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Difahamkan, pada 11 April yang lalu, satu pilihan raya sudahpun diadakan di Peru bagi menggantikan presiden mereka iaitu Francisco Sagati. Pilihan raya tersebut diadakan dengan SOP yang ketat bagi melindungi pengundi daripada COVID-19. Seramai 18 calon disenaraikan layak bertanding bagi jawatan presiden Peru termasuk Alberto Beingolea, pemimpin parti PPC.

Posted by Jorge Hugo Romero on Sunday, April 4, 2021

Ini memberi peluang untuk Romero masuk dalam parlimen. Imbas kembali sebelum pilihan raya itu diadakan, pelbagai cara telah Romero lakukan untuk meraih undi kerana dia juga bertanding bagi parlimen kawasan Andean. Sedar akan rata-rata anak muda tempatan yang meminati anime, Romero telah menngambil kesempatan itu untuk berkempen sambil memakai baju Akatsuki.

#PPC

🚨Otro candidato Otaku, esta vez del partido #PPC que postula para el Parlamento Andino #Eleccionesgenerales2021 #naruto #Akatsuki

Posted by Día Del Cómic Festival on Saturday, March 20, 2021

Romero juga beranggapan bahawa Akatsuki merupakan satu pasukan ninja yang hebat. Malah, organisasi ninja itu turut dijadikan inspirasi kepada Romero untuk mencipta kerajaan yang mengamalkan prinsip ‘aliran ninja’ untuk melawan segala bentuk ancaman terutamanya isu korupsi (rasuah) yang melibatkan rakyat dan pemimpin. Baginya, korupsi adalah punca utama kemusnahan perhubungan ‘dalam’ sesebuah kerajaan itu.

“Sebelum ini saya sangat bencikan politik, namun saya mula sedar sekiranya saya tidak masuk politik, masalah korupsi di negara ini semakin membarah.

“Dan kerajaan saya akan dipimpin berasaskan prinsip aliran ninja,” kata Romero kepada media tempatan EFE.

Dalam pada itu, dia juga berhasrat untuk mencipta ‘pakatan shinobi’ seperti dalam anime Naruto. Untuk pengetahuan, ‘pakatan shinobi’ ini merupakan akademi untuk melahirkan pasukan ninja meliputi gabungan beberapa negara dalam anime Naruto iaitu Konohagakure, Kirigakure, Sunagakure, Kumogakure dan Iwagakure.

Begitu juga dalam manifesto seperti diusulkan oleh Romero di mana dia ingin mewujudkan undang-undang penubuhan ‘pakatan shinobi’ di rantau Peru. Sekiranya dia menang parlimen, dia berjanji bahawa akademi ‘pakatan shinobi’ akan dilaksanakan dalam pembelajaran ijazah di universiti merangkumi gabungan negara jiran sekitar Peru seperti Bolivia, Colombia, Ecuador, dan Venezuela.

Akan tetapi, hajat Romero itu tidak kesampaian apabila parti PPC (273,209 undian) dilaporkan kalah dalam pilihan raya. Secari rasminya, parti Partido Politico Nacional Peru Libre pimpinan Pedro Castillo (Presiden Peru yang baharu) telah menang dengan majoriti undian sebanyak 2,672,422.

Meskipun cara Romero berkempen dengan cara yang unik namun ternyata rakyat Peru masih belum mahu menerima dia dan mengundi sebagai wakil rakyat tempatan. Tapi, siapa tahu, mungkin Romero akan menang dalam pilihan raya lima tahun akan datang?

Baca lagi artikel yang ‘trending’ pada pautan di bawah.

Guna Karya Seni Tanpa Izin Pelukis, Salt Bae Disaman RM20 Juta

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion

Selamba Promosi Perjudian Sempena Aidilfitri, Iklan Syarikat Judi Ini Buat Netizen Bengang

Anda Mungkin Suka