Frontliners atau petugas barisan hadapan seperti pegawai kesihatan dan keselamatan adalah antara kumpulan yang paling sibuk dengan tugas masing-masing pada tahun ini apabila berhadapan dengan COVID-19.

Tatkala orang ramai berada di rumah dan mematuhi arahan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak membunuh ini, mereka pula terpaksa memikul tanggungjawab besar untuk menghentikan penularan wabak ini.

Jika sebelum ini kita sering membaca perkongsian-perkongsian berkenaan cabaran yang terpaksa dihadapi mereka, kali ini kita berpeluang melihat apa yang berlaku setelah mereka membuka pakaian perlindungan diri (PPE) yang selalu dipakai ketika bertugas.

Video tular yang dikongsikan netizen sejak beberapa hari ini dengan jelas menunjukkan apa yang berlaku dimana air peluh yang bertakung mula mencurah keluar sebaik sahaja mereka menanggalkan PPE yang dipakai.

Diperbuat daripada plastik dan melibatkan beberapa lapis untuk melindungi diri daripada dijangkiti virus, kelengkapan berkenaan sememangnya kelihatan tidak selesa untuk dipakai.

Oleh kerana lapisan tebal dan bahan yang digunakan untuk membuat PPE itu, maka tidak mustahil untuk mereka menjadi basah kuyup seperti yang dikongsikan dalam video di atas.

Perkara ini sudah pasti akan menjadi lebih teruk buat mereka yang bekerja di bawah panas terik dan melalui waktu bekerja yang panjang sehari-harian.

Jadi diharapkan dengan perkongsian yang terpaksa dilalui oleh petugas-petugas barisan hadapan ini akan mengingatkan agar mematuhi segala arahan yang ditetapkan kerajaan demi menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Jika tidak, segala pengorbanan dan usaha yang dilakukan pihak bertanggungjawab seperti yang dikongsikan ini pasti akan menjadi usaha yang sia-sia jika kita semua tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Pekerja Pejabat Di Kawasan PKPB Perlu Bekerja Di Rumah

Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

Saintis Dakwa Kumpulan Darah O Lebih Selamat, Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19

Sumber