Digelar ‘Blackpink Malaysia’, DOLLA mempunyai peminatnya tersendiri dan lagunya yang cukup ‘catchy’ berjaya memukau banyak pihak. Akan tetapi, DOLLA tidak terlepas daripada kontroversi.

Terbaharu, ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender pada minggu lalu, penampilan seksi oleh ahli kumpulan DOLLA membuatkan ramai orang berasa kurang senang.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@ehmalaysia/video/7146785853770075419?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594

Menerusi rakaman video persembahan itu yang dikongsikan di TikTok, kesemua ahli DOLLA menggayakan pakaian berbeza tetapi agak seksi ketika membuat persembahan lagu mereka yang berjudul Impikan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam DOLLA yang berpakaian seperti itu dan sepatutnya menjaga sensitiviti.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan iaitu CL iaitu merupakan ahli kumpulan 2NE1 yang turut hadir membuat persembahan di lokasi yang sama.

@fatinaimie

Dr pepper 🍒💯🔥🙌🏻 #goodvibesweekender #cl

♬ original sound – fatinaimie – fatinaimie

CL dilihat mengenakan jaket hitam dan mengatakan mahu menanggalkan ‘outerwear’ yang dipakai namun tidak melakukannya kerana bimbang akan mencetuskan masalah.