Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu dalam menjaga harta benda yang disewa serta sensitiviti setempat. Hal ini sekaligus bakal memberi kelegaan kepada pihak yang menyewakan sesebuah tempat atau barang serta membolehkan individu lain menyewa tanpa sebarang masalah melibatkan kerosakan.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan insiden yang tular di Langkawi baru-baru ini apabila terdapat sekumpulan lelaki yang menyewa dan enjoy sakan di sebuah homestay.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menerusi video yang dikongsikan Andy Suffean Jr. menerusi Facebook Group Info Terkini Apa Hari Ini, dapat dilihat golongan ini seolah tidak mengedahkan sensitiviti tempat yang disewakan serta dengan selamba memasukkan puluhan tin arak sambil meminumnya dalam kolam renang.

Bukan itu sahaja, difahamkan kumpulan ini turut menyewa Toyota Vellfire serta menggunakannya dengan cara tidak berhemah sebelum dihalau oleh pemilik kereta. Tindakan tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan jelas memberi masalah kepada pemilik homestay dan kereta dalam membersihkan semula kereta tersebut.

Menerusi video yang tular, para netizen turut meluahkan rasa berang terhadap kumpulan lelaki ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

Sumber: facebook isu terkini apa hari ini

Sumber: facebook isu terkini apa hari ini

Terdapat para netizen yang menharapkan agar pemilik homestay ini mengharamkan terus kumpulan ini serta membuat pembersihan secara penuh sebelum menerima pelanggan baharu. Tidak kurang yang berpendapat tidak adil untuk memukul rata sesebuah kaum hanya disebabkan sebuah video yang tular.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mampu membawa imej buruk kepada sesebuah kaum, malah bakal menyusahkan pelbagai pihak khususnya pemilik dan juga pelanggan seterusnya.

Tular pada minggu ini apabila CEO BubbleBee ini menunjukkan ‘hasil’ tembok rumah yang tidak kukuh serta mudah dijatuhkan hasil kerja pemaju.

‘Tolak Sebelah Tangan Pun Jatuh’ – CEO BubbleBee Ini Dedahkan ‘Kualiti’ Tembok Rumah Yang Dibangunkan

‘Improve Service Dulu Sebelum Nak Tegur Orang’ – Cubaan Rapid KL Tegur Penumpang Makan Diri