Memiliki hartanah atau tanah sendiri sememangnya menjadi impian buat orang ramai. Tanah yang dimiliki berpeluang membolehkan seseorang membangunkan rumah dan sebagainya mengikut citarasa pembeli.

Di sebalik pemilikan tanah lot, umum tahu harga tanah lot yang semakin tinggi pada ketika ini membantutkan hasrat orang ramai untuk memilikinya lebih-lebih lagi tanah lot bersaiz besar.

Hal ini sekaligus turut membuatkan segelintir individu memilih untuk mendapatkan tanah lot tanpa geran individu yang pastinya lebih murah serta mampu milik.

Meskipun, hadir dengan harga rendah, mendapatkan tanah lot tanpa geran individu ini memerlukan potensi pembeli cakna dengan beberapa perkara. Berikut merupakan ulasan dan nasihat daripada seorang pengguna Facebook iaitu Nazri Mustafa yang berkhidmat sebagai peguam hartanah.

Sumber gambar: Facebook Nazri Mustafa

Isu tanah lot tanpa geran individu ini merupakan isu yang evergreen. Bila mana memang ada perjanjian yang dibuat diantara pengusaha dan pembeli. Biasanya proses sehingga penyerahan lot tanah atau milikan kosong memang mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi melibatkan pertukaran status dan sebagainya.

Semua ini memerlukan kos yang banyak. Dari mana dana datang untuk tampung kos ini? Dari dana poket pengusaha sendiri (sekiranya kukuh) atau leverage atas wang deposit pembeli?

Ada pengusaha yang benar-benar cuba leverage atas wang pembeli. Maka dalam perjanjian, deposit yang tinggi diletakkan yang harus di bayar semasa tanda tangan perjanjian. Bukan 10%, mungkin 20% atau mungkin 30% untuk dijadikan modal usahakan tanah.

Jadi, pembeli yang mengambil risiko ini perlu ingat bahawa geran individu masih belum ada. Jadi mana datangnya wang pembeli bayar deposit ini? Sebab bank atau LPPSA tidak akan bagi loan pada peringkat ini kerana tidak ada geran. Jadi, sama ada wang tabungan atau personal loan.

Kenapa pembeli mudah tertarik?

Jawapannya sebab kata-kata penjual serta harganya yang murah. Untuk mudahkan pembeli, pengusaha sediakan peguam dan bayarkan pula legal fee. Hal ini membuatkan pembeli suka kerana sudah diurus.

Oleh kerana disediakan peguam, pembeli mempunyai tangapan bahawa semuanya pasti selamat serta bebas daripada sebarang scam.

Situasi yang berlaku sangat merbahaya kerana terdapat sejumlah besar perjanjian saya lihat yang berat sebelah. Tempoh siap serah milikan yang seolah tiada penamat, tiada exit clause kalau pengusaha gagal dan sekiranya pengusaha gagal, bagaimanakah dengan ganti rugi duit pembeli?

Perlu diingat, duit deposit tadi sudah kena leverage. Sebaiknya, belanja wang untuk guna peguam sendiri. Kaji perjanjian sebaiknya. Sekiranya peguam pengusaha yang sediakan, tentulah dia jaga kepentingan pengusaha. Pengusaha tidak setuju tidak menjadi masalah. Pembeli boleh cari tanah di tempat yang lain.

Anggapan “takan lah pakai lawyer, pengusaha nak tipu?” adalah dongeng semata-mata.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendakwa sudah labur RM66,000 dan ‘terkena’ dengan modus operasi syarikat mesin air ini.

Dakwa Sudah Labur RM66,000, Wanita Ini Dedahkan ‘Sisi Gelap’ Bisnes Mesin Air

Tampil Dengan Imej Tengkuk Bermasalah, Gelagat Dua Peminta Sedekah Ini Raih Perhatian Netizen