Sebut mengenai wabak pada ketika ini pasti ramai yang akan ingat dengan wabak COVID-19. Di saat wabak COVID-19 masih belum reda, dilaporkan sebuah lagi virus telah disahkan WHO yang mampu merebak secara meluas dan pantas.

Dinamakan sebagai Marburg, virus ini mulai menjadi perhatian orang ramai selepas meragut nyawa seorang lelaki di Afrika. Difahamkan virus ini mampu merosakkan organ pesakit serta mengakibatkan pendarahan dalaman.

_119874016_gettyimages-179793194

Sumber: BBC

Berdasarkan perkongsian WHO, virus Marburg ini berpunca daripada kelawar buah dan mampu menjangkiti manusia serta merebak dengan pantas menerusi permukaan yang disentuh atau cecair badan pesakit.

Dimaklumkan pesakit akan mengalami demam panas dan sakit kepala seterusnya berlaku pendarahan dalaman yang berlaku dalam tempoh tujuh hari. Lebih menakutkan ramai, WHO memaklumkan virus ini mempunyai peratusan maut daripada 24% sehingga 88% setakat ini.

Difahamkan meskipun virus ini berpunca daripada kelawar buah, kelawar yang ditemui membawa wabak ini tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.

Sebelum ini DG Hisham turut mengesahkan kemunculan varian Lambda yang dilaporkan sebagai varian baharu COVID-19.

Selepas Delta, DG Hisham Sahkan Kemunculan Lambda Sebagai Varian Baharu COVID-19

Jururawat Tukar Vaksin COVID-19 Dengan Air Garam, Hampir 9,000 Orang Jadi ‘Korban’

Mahu Jaga Kesihatan Mental, Kerajaan Pertimbang Buka Pasar Malam Pada Negeri Di Fasa 1 PPN

Anda Mungkin Suka