Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

BERSAHUR bukan sekadar untuk makan dan minum, tetapi sebenarnya ia adalah persiapan diri secara mental serta fizikal untuk menyempurnakan ibadah puasa.

Ramai yang mungkin tidak mengambil berat mengenai amalan sahur, namun kelesuan yang bakal dialami mengakibatkan seseorang individu kurang produktif dan tidak fokus.

Oleh itu, pengambilan hidangan semasa bersahur perlulah seimbang dan merangkumi keperluan makanan yang diperlukan mengikut tubuh badan masing-masing.

Malah, pengambilan suplemen tambahan seperti Berocca yang mengandungi Vitamin B Kompleks, dan 11 keperluan mineral lain amat penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari.

Didatangkan dalam bentuk mudah larut, anda hanya perlu meletakkan satu tablet dalam segelas air kosong dan ia boleh terus diminum.

Berocca merupakan suplemen halal yang bebas gula, kafein dan tidak menggunakan bahan pengawet.

Baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui cara memenangi AirPods Pro!

Pada Ramadan ini, Berocca melancarkan Berocca Sahur Kit yang mengandungi 30 Berocca sachet dan botol air Tupperware percuma untuk membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadan!

Anda boleh membuat pembelian sahur kit berkenaan menerusi Bayer Consumer Health Store di Shopee sekarang dan nikmati diskaun sehingga 56 peratus.

Berita baik untuk anda yang susah bangun Sahur! 

Dalam sahur kit ini juga terdapat kod imbasan QR untuk anda mendaftar bagi mendapatkan panggilan sahur secara percuma daripada Luqman Podolski.

Sahur Wake Up Call adalah panggilan suara daripada Luqman Podolski yang direka khas untuk mengejutkan anda bangun bersahur pada jam lima pagi sepanjang Ramadan.

Selepas menerima panggilan daripada Luqman, anda disarankan untuk melakukan daftar masuk harian menerusi pautan yang diberikan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengumpul mata.

Tiga pengguna yang berjaya mengumpul mata tertinggi berpeluang memenangi Airpod Pro.

Terdapat juga Nintendo Switch dan iPad untuk dimenangi!

Sertailah cabaran duet Tiktok #BersahurBersamaBerocca dengan pempengaruh seperti Eija Anuar, Akkidos dan Luqman Podolski serta tunjukkan aktiviti anda ketika bersahur bagi memeriahkan puasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Terdapat tiga video berbeza yang boleh dipilih dan anda boleh berduet dengan kreativiti sendiri. Video paling kreatif berpeluang memenangi Nintendo Switch dan juga hadiah mingguan seperti Ipad dan produk Berocca.

Jangan lepaskan peluang ini, sertai sekarang di TikTok dengan klik di sini dan buat carian video kegemaran anda serta terus kekal bertenaga serta aktif sepanjang Ramadan ini.

Hadiah lumayan seperti Nintendo Switch, iPad dan barangan Berocca menanti anda! 

Akhir sekali, jangan lupa untuk lengkapkan sahur dan semangatkan Ramadan bersama Berocca. Barulah Ramadan bertenaga untuk Ramadan!

Ikuti perkembangan terkini mengenai Berocca di laman sesawang, layarilah laman web rasmi Berocca, atau ikuti media sosial Facebook dan Instagram. Untuk pembelian produk, anda boleh dapatkan di Bayer Consumer Health Store di Shopee.

Berocca mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

Ketahui lebih lanjut mengenai butiran penuh permohonan KWSP untuk pengeluaran khas RM10,000 dengan klik pautan di bawah.

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

Pemilik Tesla Singapura Kongsi Pengalaman Mengembara Ke Utara Malaysia Guna Mod ‘Auto-Pilot’