Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi yang menjadi perhatian ramai kini telah memasuki episod baharu apabila dia didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi laporan, Hafidz dikatakan telah menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga dan Shuhada dikhabarkan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain yang dikatakan bekas kekasihnya sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.