Prekuel kepada animasi hit Animonsta iaitu BoBoiBoy, siri Mechamato berkisahkan tentang pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato (ayah BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi tuan MechaBot.

Untuk pengetahuan anda, siri Mechamato telah ditayangkan di Jepun menerusi saluran Cartoon Network. Difahamkan, siri Mechamato di Jepun ini turut hadir dengan alih suara Jepun dimana suara Ayumu Murase digunakan untuk watak Amato.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru minggu pertama ditayangkan, siri Mechamato ini telah berjaya menambat hati penonton di Jepun. Perkara ini telah dikongsi oleh Nizam Abd Razak, pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy dan juga pengasas Animonsta Studios di Facebook miliknya.

Menerusi perkongsiannya, siri tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Cartoon Network atas peluang yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda, siri Mechamato ini berlatar tempat di Melaka dan juga mengetengahkan budaya Malaysia. Dapat dilihat pada komen penonton Jepun, mereka berasa teruja dan mahu mencuba karipap yang ditunjukkan dalam siri tersebut.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bangga dengan pencapaian yang dicapai oleh Animonsta kerana secara tidak langsung mempromosikan keunikan Malaysia.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan mungkin selepas ini peniaga karipap boleh eksport karipap ke pasaran Jepun. Malah, para netizen turut mengucapkan tahniah kepada Nizam atas kejayaan tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Sering Dipersoal Rawat Anjing Tanpa ‘Gloves’, Doktor Haiwan Ini Tampil Beri Penjelasan Penuh

Selepas 4 Tahun, Filem Sekuel Crazy Rich Asians Sah Dalam Pembikinan Dengan Penulis Skrip Baru