Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku di Turkmenistan, sebuah negara yang terletak di benua Eropah apabila rakyatnya boleh ditahan pihak berkuasa jika berbicara mengenai COVID-19.

Perkara itu didedahkan Radio Azatlyk yang memberitahu terdapat operasi penyamaran oleh ejen khas semata-mata untuk mengintip jika ada rakyat mereka yang berbicara mengenai virus itu di jalanan.

Bukan saja diintip, tetapi portal The Independent turut melaporkan mereka boleh ditahan polis jika didapati hanya bercakap mengenai COVID-19.

Turkmenistan_people

Laporan itu turut menjelaskan pihak media di sana juga tidak dibernarkan untuk menggunakan nama virus berbahaya itu di dalam laporan-laporan mereka.

Malah sebuah lagi portal tempatan, Turkmenistan Chronicle pula melaporkan pihak kementerian kesihatan mereka turut tidak lagi menggunakan perkataan COVID-19 dalam kempen kesihatan mereka.

Walaupun dilihat berada dalam penafian yang sangat teruk, kerajaan negara itu bagaimanapun tetap mengambil langkah pencegahan sama seperti negara lain.

Pihak berkuasa dilaporkan telah mengawal pergerakan rakyat mereka serta melakukan pengesanan suhu di stesen-stesen pengangkutan awam dan mengagihkan pencuci tangan di kawasan tumpuan ramai.

Bagaimanapun, berada dalam penafian dan menghalang rakyat mereka pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada usaha untuk menangani penularan wabak tersebut.

Ketua Reporters Without Borders, Jeanne Cavelier berkata perkara ini bukan sahaja membahayakan rakyat malah menunjukkan sikap autoritarian yang diamalkan presiden mereka, Gurbanguly Berdymukammedov.

Berdimuhamedow

Negara itu sebelum ini memang terkenal dengan kawalan media yang ketat sehinggakan mereka pernah berada di kedudukan terakhir World Press Freedom Index pada 2019.

Tidak hairanlah jika mereka menghalang media-media di sana menggunakan perkataan COVID-19 kerana sebelum ini juga mereka pernah menghalang kemasukan wartawan luar ke negara mereka, lapor The Independent.

Baca perkongsian lain kami mengenai COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik