Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Drama Nur 2 yang kini sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen anda akan berakhir pada malam ini. Pastinya anda tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran drama epik ini.

Apakah agaknya yang akan berlaku dalam episod akhir pada hari ini? Adakah Adam akan meringkuk dalam penjara? Adakah Ecah mampu melepaskan diri dari Hamadi? Atau mungkin akan ada Nur 3? Segala debaran akan terjawab pada malam ini.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Lebih menarik, iflix akan memberikan anda peluang untuk berjumpa dan beramah mesra bersama barisan pelakon drama Nur 2 seperti Noorkhiriah, Eyra Hazali, Atiq Azman dan Sefik Khair di AEON Wangsa Maju pada 27 April 2019 jam 12pm.

Pastikan anda datang merebut peluang untuk berjumpa dengan barisan-barisan pelakon yang telah menghiburkan anda dengan menyajikan sebuah karya yang boleh dikatakan sangat meruntun jiwa dan emosi anda. Jangan lupa temu janji kita, jumpa anda di sana.