Hampir seminggu bersiaran di kaca televisyen, inisiatif DidikTV oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini ternyata memberikan kesan positif kepada para pelajar terutama dari segi cara ajaran para guru DidikTV yang dikatakan lebih mudah faham dan bersemangat.

Terbaharu, tularnya satu perkongsian video oleh pengguna Twitter @IniAlannn mengenai sesi pengajaran bagi subjek Matematik Tambahan di DidikTV oleh seorang guru wanita yang dilihat begitu bersemangat semasa mengajar sambil beliau memberikan kata-kata perangsang buat para pelajar yang bakal menduduki kertas soalan Matematik Tambahan untuk SPM pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/IniAlannn/status/1362756429803704320?s=20

Seperti ramai yang sedia maklum, subjek Matematik Tambahan merupakan salah satu subjek yang amat sukar untuk difahami bahkan rata-rata soalannya juga amat susah sehingga membuatkan para pelajar berasa ‘tidak senang duduk’ semasa menjawabnya.

Namun, menerusi perkongsian video tersebut dapat dilihat guru berkenaan begitu ikhlas dalam memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar sambil melontarkan kata-kata semangat “Awak takkan fail, percayalah.”

Lantaran itu, perkongsian video tersebut telah dibanjiri dengan komen daripada para netizen yang rata-ratanya memuji cara guru berkenaan mengajar. Bukan itu sahaja, para netizen turut merindukan detik-detik indah bersama guru mereka sewaktu menjalani sesi pengajaran di sekolah dahulu.

Dalam pada itu, anak kepada guru tersebut yang dikenali sebagai Alia Fauzi turut menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para netizen kerana memujikan keikhlasan ibunya semasa mengajar subjek Matematik Tambahan di DidikTV.

“Alia baca ramai betul orang suka semangat mama masa mengajar addmath kat DidikTV haritu. Semoga ilmu yang mama ajar tiada penghujungnya,” ujar Alia menerusi ciapan di Twitter beliau.

Jasamu dikenang selalu, terima kasih cikgu. Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua bahawa guru merupakan insan kedua yang mendidik kita selepas ibu bapa. Tanpa guru, siapalah kita hari ini.

Dalam pada itu, baca lagi perkongsian daripada kami yang lain menerusi klik pada pautan di bawah.

Dapat Ilmu Ekstra, Ini 9 Dokumentari Menarik Di DidikTV Yang Wajib Anda Tonton

Ini Pandangan Para Guru Mengenai Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menerusi DidikTV

Sumber