Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pencarian lelaki berbangsa Rohingya, Abdul Hamim Ab Hamid, 33 atau lebih dikenali sebagai Long Tiger berakhir apabila beliau ditangkap di sebuah rumah seorang mak nyah di Jalan Kuala Ketil, Kedah semalam.

Ketika ditahan sekitar jam 3 petang semalam, Long Tiger bertindak cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut sumber Berita Harian, sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah di Kedah.

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit namun penghuninya enggan membuka pintu dan ketika itu Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri.

https://twitter.com/bernamaradio/status/1475972227476574210

“Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung namun dia tergelincir dan terjatuh,” katanya. Long Tiger mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan kerana terjatuh dari bumbung rumah terbabit.

Selain Long Tiger, penghuni rumah terbabit yang berusia sekitar 40-an turut ditahan kerana didapati cuba melindungi lelaki dalam buruan polis.

Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, kira-kira jam 11.55 pagi.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.

Difahamkan, satu sidang media khas akan dilakukan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay jam 12 tengah hari hari ini di pejabatnya bagi memberi butiran lengkap berkenaan tangkapan ini.

Sebelum ini, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri kerana melindungi Long Tiger. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pasangan Suami Isteri Ditahan, Didakwa Bersubahat Lindungi Long Tiger

Kurung Bekas Pekerja, Warga Rohingnya Dikenali ‘Long Tiger’ Ditahan Polis

Yusuf Azmi Buka Mulut, Nasihat ‘Long Tiger’ Jangan Suka Berperang Sana Sini

Sumber