Kebiasaanya menjelang Raya, banyak syarikat tempatan yang menyediakan video Raya yang menarik untuk tontonan pengguna. Namun kali ini syarikat anak tempatan, RAXBIT ingin kongsikan perkara yang lebih berbeza melalui aplikasi game raya yang diberi nama KRAYA (Kuih Raya) untuk memperkenalkan makanan tradisi raya dan yang terkenal.

Berkonsep permainan mengumpul bahan untuk buat makanan raya, pemain akan disajikan dengan 20 makanan raya yang perlu dikumpul untuk menamatkan sepenuhnya permainan. Antara makanan dan biskut raya yang perlu dikumpul adalah biskut suji, semperit, lemang, dodol, biskut makmur, tart nenas dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ezgif-4-e1d55c14a2d8

Menurut pengurus RAXBIT, Rafiq Sharman Bin Khamis difahamkan terdapat perancangan awal untuk bina aplikasi game ini lebih awal sebelum puasa lagi. Namun apabila lihat tanda-tanda kes COVID-19 yang semakin naik saban hari, mereka sedia membuat keputusan segera dengan menyiapkan game ini dalam tempoh dua minggu untuk pastikan aplikasi game ini dapat disajikan menjelang raya nanti.

Menerusi game KRAYA yang diperkenalkan, Amin selaku watak dalam game ini diberi tugasan oleh ibunya untuk menyediakan 20 kuih raya yang perlu dibawa pulang ke kampung nanti. Amin perlu mengumpul bahan dan seterusnya menyiapkan kesemua 20 makanan raya yang diinginkan ibunya.

Terdapat pelbagai halangan yang Amin perlu tempuhi untuk tunaikan permintaan ibunya di kampung. Dengan pilihan pakaian tambahan seperti tukang masak, ustaz, polis, cikgu, arkitek dan angkasawan, pastinya membuatkan permainan ini lebih menyeronokkan.

ezgif-4-475977ccbdb2

Terdapat 5 pengakhiran yang berbeza untuk game ini sekaligus membuatkan game ini unik. Maka kita perlu cuba tamatkan aplikasi game ini dan lihat penamat yang berbeza bagi setiap pemain. Moga usaha ini mampu mencipta sedikit sinar senyuman dan tawa pada Rakyat Malaysia.

Buat anda yang berminat untuk bermain game KRAYA yang dihasilkan sempena Hari Raya Aidilfitri ini, anda boleh klik di sini untuk memuat turun pada peranti Android. Setakat ini aplikasi ini masih belum tersedia pada platform iOS setakat artikel ditulis.

Tular pada minggu ini apabila seorang instafamous bangga mempamerkan surprise yang dibuat buat para pekerja sehingga mengabaikan SOP.

Bangga ‘Surprise’ Pekerja Dengan Pemberian Bonus, Video Instafamous Abai SOP Ini Jadi Perhatian Netizen

Disangka Sewa Bilik, Lelaki Malaysia Ini Terkejut Ruang ‘Penghadang’ Ini Disewa RM1,709 Sebulan