Kesibukan kita bekerja pada waktu siang hari mencari rezeki telah membuatkan kita sukar mencari masa untuk membuat senaman. Lalu lahirlah trend baru iaitu bersenam pada waktu malam, bagi lelaki mereka lebih gemar ke gym, berjogging atau bermain futsal bersama rakan-rakan dan bagi perempuan pula sama ada ke kelas yoga, aerobik atau zumba lebih menjadi kegemaran mereka.

Bersenam adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan akan tetapi jika dibuat pada waktu malam, apa kesannya kepada diri kita?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MITOS

Bersenam pada waktu malam tidak baik untuk badan anda kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk tidur dan mengganggu waktu tidur anda

FAKTA

Suhu badan kita, bermula dengan kadar yang rendah pada waktu pagi kemudian akan naik pada waktu siang dan akan menurun kembali pada waktu malam. Suhu badan yang menurun dan rendah ini, memberi signal kepada badan kita untuk tidur. Apabila kita bersenam dengan lasak melebihi 30 minit, suhu badan kita akan naik. Ini akan menyebabkan kita terpaksa menunggu suhu badan turun kembali ke paras yang rendah untuk membolehkan kita tidur, kebisaannya proses penurunan suhu ini akan mengambil masa 5 ke 6 jam.

Satu kajian yang dibuat oleh Dr. Anne McTiernan daripada Fred Hutchinson Cancer Research Center di Seattle mendapati wanita yang bersenam pada waktu pagi lebih mudah untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti berbanding wanita yang bersenam pada waktu malam.

Bagi mereka yang mengalami masalah insomnia, pakar perubatan mencadangkan mereka untuk mengelak dari melakukan senaman beberapa jam sebelum tidur. “Badan anda perlu bersedia untuk tidur” kata Sally A. White, PhD yang merupakan professor di University in Bethlehem. Sama seperti kita mengambil makanan yang berat sebelum tidur, senaman malam juga akan memberi kesan yang tidak baik untuk badan anda.

Tetapi jangan susah hati, ada pendapat berbeza pula dengan pendapat Shawn Youngstedt, yang merupakan pembantu Professor Sains Senaman di University of South Carolina in Columbia yang mengkaji berkenaan tidur dan senaman. Katanya tiada bukti saintifik yang kukuh yang menyatakan senaman pada sebelah malam menjejaskan waktu tidur dan terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang bersenam secara lasak sebelum tidur dapat tidur dengan baik.

Dalam satu kajian lain yang dijalankan oleh Youngstedt, lelaki yang bersenam selewat setengah jam sebelum tidur tidak menghadapi sebarang masalah untuk tidur.

Senaman Siang vs Senaman Malam

Waktu Senaman Yang Paling Sesuai adalah bergantung pada cara hidup individu, bagi kesan yang terbaik adalah cuba melakukan senaman pada waktu pagi tetapi jika tiada kelapangan, senaman waktu malam tidak akan menjejaskan kesihatan dan yang paling penting lakukannya secara konsisten.

Apa yang betul-betul terbukti bahaya untuk kesihatan badan anda ialah dengan langsung tidak bersenam.

aia

Bagaimana jika dengan mengamalkan cara hidup sihat, anda akan mendapat ganjaran yang besar seperti 50% diskaun daripada penerbangan dari syarikat penerbangan berjenama besar? Penginapan di hotel mewah? Diskaun 50% di Fitness First? Ya, itulah yang AIA mahu tawarkan dengan program baru mereka dipanggil AIA Vitality.

Untuk setiap amalan hidup sihat yang anda lakukan, anda akan mendapat ganjaran dengan “AIA Vitality Points”. Semakin banyak mata yang anda peroleh, lebih tinggi Status AIA Vitality anda, dan akan memberikan ganjaran yang lebih besar lagi!

Badan Cergas, Minda Cerdas!