COVID-19 bukanlah sesuatu yang pernah kita semua hadapi sebelum ini. Malah seluruh dunia juga dilihat seakan tidak bersedia untuk menerima kehadiran wabak membunuh ini.

Proses untuk menangani dan merawat pesakit yang dijangkiti virus ini juga bukanlah seperti sesuatu yang kita pernah lihat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika melihat khemah-khemah saringan yang dibina sebelum ini pun sudah membuat kita terkesima apatah lagi mengetahui situasi sebenar berada dalam wad rawatan yang dihuni mereka yang dijangkiti ini.

Melalui satu perkongsian di Facebook, pegawai perubatan Redza Zainol berkongsi ‘perjalanan sunyi’ yang perlu dilalui pesakit-pesakit yang dikesan dijangkiti virus ini.

“Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.

“Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca,” kongsinya di Facebook.

Petugas-petugas kesihatan ini menurutnya hanya memasuki wad tersebut sebanyak dua kali sehari sahaja mengikut keperluan satu-satu kes.

Kisah ibu dan anak yang terpisah

Dalam kirimannya itu juga dia sempat berkongsi mengenai kisah pasangan ibu dan anak yang tidak dibenarkan melawat anaknya sendiri di wad rawatan.

“Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.

“Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis,” kongsinya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan tiada apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan si ibu merawat anaknya yang sedang menerima rawatan COVID-19 ketika ini.

“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.

“Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.

“Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.

“Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga,” tambahnya.

Baca perkongsian kami sebelum ini yang memaparkan situasi sebenar dalam khemah saringan COVID-19 yang ramai tidak tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Situasi Sebenar Khemah Saringan COVID-19 Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Pekerja ‘Offshore’ Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif COVID-19 Selepas Dua Kali Ujian

Berbekalkan Semangat Yang Tinggi, Wanita Hamil 3 Bulan Ini Kongsi Pengalaman Bebas COVID-19

Sumber