Sebelum ini tular gambar memaparkan sekumpulan lelaki sedang berebut kereta mainan berjenama ‘Hot Wheels’ di gedung mainan Toys “R” Us di Pavilion Bukit Jalil. Walaupun tiada model ‘rare’ tetapi collector tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi kereta mainan jenama itu.

Difahamkan, Toys “R” Us menawarkan potongan harga sehingga 60% untuk barangan terpilih sempena pembukaan cawangan barunya di sana. Kejadian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan juga pihak polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mana tidaknya, sekumpulan lelaki tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, di mana orang ramai tidak boleh bersesak di satu tempat tanpa sebarang penjarakan sosial.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar mengesahkan siasatan awal mendapati gambar kejadian itu berlaku pada 3 Disember di Pavilion Bukit Jalil.

Pihak polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut dan tidak akan berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP membabitkan mana-mana individu di tempat awam.

Malah, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

Bagi anda yang terlepas isu ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Geleng Kepala Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup