Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ramai daripada kita yang lebih memilih untuk membeli rumah secondhand kerana harganya yang murah tetapi selalunya banyak kerja pembersihan yang perlu dilakukan oleh anda.

Kerja pembersihan paling sukar sekali adalah membersihkan bilik air terutama sekali apabila lantai kotor dan dinding berkarat, bukan? Pasti anda akan letih untuk menyental kotoran tersebut.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Kami kongsikan perkongsian pengguna Facebook Hany Mynis cara mudah untuk anda menghilangkan kotoran degil di bilik air atau tandas tanpa anda perlu penat menyental. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

#kemasrumahwithhani : deep cleaning bilik air The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej…

Posted by Hani Mynis on Tuesday, 17 July 2018

Menurutnya, kesemua bahan-bahan pencuci yang beliau gunakan dibeli di kedai Eco sahaja kecuali Zip cream cleanser. Sudah bersedia untuk membersihkan bilik air anda? Jom!

Keadaan bilik air sebelum dicuci

37237300_10155955702619094_1694038232297111552_n

Langkah-langkah yang perlu dilakukan

1. Tidak perlu bancuh peluntur, hanya tuang sahaja

Anda terus tuang Clorox atau peluntur dari botol dan tidak perlu bancuh dengan air. Anda perlu berhati-hati ketika menggunakan Clorox takut terpercik ke mata, lebih baik pakai sarung tangan, face mask dan goggles.

37291714_10155955702609094_874392214036283392_n

Biarkan peluntur itu bertindak balas dengan kotoran dalam 10 hingga 30 minit atau dibiarkan semalam.

2. Kotoran degil yang tidak hilang walau gunakan Clorox

BeFunky-collage-22

Akan ada kotoran degil yang tidak hilang walaupun anda telah menggunakan Clorox. Gunakan magic span dan juga pembersih kotoran ini untuk hilangkan kesan watermark dan soap scum.

3. Sental kotoran

BeFunky-collage-23

Kemudian, anda sentul kotoran untuk menghilangkan watermark tersebut. Adalah diingatkan bahawa untuk menghilangkan soap scum, anda perlu kikis dahulu sebelum sental agar kotoran hilang. Kemudian siap!

Mudah sahaja rupanya untuk hilangkan kotoran degil ini. Buat anda yang bilik air memiliki kotoran degil seperti ini bolehlah mencuba tip ini. Jika menjadi jangan lupa kongsi.

Semoga perkongsian ini akan membantu anda dan meringankan kerja anda untuk membersihkan rumah. Selamat mencuba!

Sementara itu, jika anda teringin untuk ‘makeover’ rumah anda, apa kata lihat dekorasi-dekorasi menarik yang mungkin boleh menjadi ilham untuk anda sepanjang PKP ini. 

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

Lihat Bagaimana Rumah Teres Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Minimalis

Anda Mungkin Suka