Buat duit bersihkan buntut kuali.

Antara cerita yang paling aku minat sepanjang 5 tahun menulis di Bernama adalah tentang seorang pensyarah yang buat duit tepi dengan mencuci buntut kuali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Zulkarnain, kerjanya pensyarah. Kini sambung pelajaran di peringkat PhD di Uniten.

Sebenarnya dia kesian tengok kuali turun temurun isterinya yang dah hitam melekat, tapi sayang nak buang.

Sentimental value katanya.

“Memang itu kuali dia, tapi yang tukang makan tu, kita juga,” kata beliau sambil ketawa.

Sebagai suami penyayang, beliau mulakan projek rahsia. Dia pilih satu masa yang isteri tak ada di rumah dan mulakan kerja.

Dengan menggunakan ‘hand tools’, berus besi dan air, Zulkarnain mulakan proses ‘tenyeh’ kuali pusaka itu sampai bersih, berkilat, ‘shining over me’, bak kata orang putih.

Isteri balik rumah, tercari-cari kuali idaman hati, tak jumpa-jumpa sebab dalam otaknya asyik mencari kuali yang paling hitam.
Sampailah dia perasan, rupanya kuali hitam tu dah bertukar jadi Selena Gomez.

Bermula hari itu, Zulkarnain terima tempahan mencuci segala barang besi untuk bagi nampak baharu semula.

Kuali hitam dah jadi secantik Selena Gomez.
Kuali hitam dah jadi secantik Selena Gomez.

Perniagaan beliau diiklankan melalui Facebook Teratakku Permai, di peringkat awal ada yang tuduh kata beliau guna bahan kimia dan sebagainya, dia buat muka relax dan maintain macho sahaja.

Aku tanya, ramaikah pelanggannya? Beliau tak jawab secara tepat, tapi beri gambaran mudah.

“Saya caj minima RM 10 (untuk kuali kecil), cuba kita kira dalam satu kawasan perumahan ada berapa rumah, dan dalam setiap rumah itu ada berapa kuali, dan antara semua kuali itu ada berapa yang dah hitam legam?”

Aku toleh keliing ruang tamu beliau, bersusun kuali yang dah siap dibersihkan. Congak aku, setakat empat ke lima ratus, sah dalam tangan. Nilai itu untuk aku, dah lepas belanja dapur rumah sebulan, siap ada lebih lagi.

Tambah beliau, untuk buat bisnes ini seorang diri, memang tak menang tangan, tambahan pula beliau akan sibuk dengan kajian untuk cipta penghadang jalan yang mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kecelakaan jalan raya.

Memikirkan prospek bisnes yang baik, kos permulaan yang murah (tak sampai RM 500) dan skil yang senang dipelajari, beliau tawarkan juga kepada sesiapa yang nak belajar skil membersih buntut kuali untuk hubungi beliau.

“Bila dengar orang muda banyak tak ada kerja, saya rasa ini boleh jadi satu benda yang mereka boleh buat. Mungkin taklah kaya sekelip mata tapi untuk mula, untuk cari duit poket sedikit, boleh dapat.”

Bila ada skil ini, bukan setakat kuali, tapi pelanggan sampai minta cuci cerek, barang-barang perhiasan rumah, dan segala benda yang boleh dibersihkan, tinggal kau ajalah larat atau tak nak buat.

Di akhir temubual, beliau kata,

“Memang perdebatan antara kuali hitam legam melawan kuali cantik ini sentiasa berterusan. Ada yang kata kuali hitam, makanan lagi sedap. Terpulanglah pada pilihan masing-masing,”

Ini yang buat aku suka kerja aku. Dapat jumpa orang-orang yang ‘rare breed’ dan baik hati.

Ali Imran
Pandai bahagian makan